Friday, November 19, 2010

Praperkahwinan..

Sebelum satu demi satu langkah diatur untuk memperkatakan tentang mengertikan islam islam didalam sebuah perkahwinan dan rumahtangga adalah amat perlu untuk setiap anak muda meneliti beza nya diantara cinta dan CINTA.

i. Cinta vs. CINTA

Saya tumpukan perhatian kepada cinta vs. CINTA untuk menyedarkan setiap anak muda yang sedang atau merancang untuk berpasangan agar meneliti ,apakah perasaan mahu berpasangan agar meneliti apakah perasaan mahu berpasangan itu terbit daripada cinta kecil atau cinta yang sebenar.Cinta kecil itu,adalah kekeliruan perasaan yang terbit dari keinginan untuk diberi perhatian mahu dikasihi dan mengasihi emosi yang kosong dari asas ,matlamat dan kesedaran terhadap implikasi cinta jenis ini.tidak keterlaluan jika saya katakana cinta seorang anak kecil kepada kura-kura peliharaan nya lebih mulia daripada cinta keliru ini ,kerana sekurang-kurangnya si anak kecil itu akan memberi makan ,berbual dan membersihkan akuarium kura-kuranya,sedangkan cinta keliru antara dua anak muda ini tanpa mereka sedar hanyalah sekadar untuk melayan gangguan emosi yang sunyi barangkali…juga tanpa sedar kedua-duanya sedang merancang untuk saling merosakkan antara satu sama lain.CINTA sebenar itu harus terbit daripada emosi dan naluri fitrah manusia…namun ia lahir juga dengan sandaran rasional dan sedar diri terhadap asas cinta itu,tanggungjawab yang mengiringi cinta tersebut serta kesan yang bakal lahir dari mematerialisasikan perasaan cinta seperti ini.cinta yang ada ‘sense of begin with the end in mind’

ii. Memilih masa yang sesuai

“jangan mengambil langkah untuk berpasangan ,jika sudah pasti dalam setahun dua jangka masa terdekat ini tiada kemungkinan untuk anda berkahwin!” itu amaran saya kepada peserta.wajah peserta mula kelat.Saya telah jelaskan secara panjang lebar tentang soal kesan fitrah daripada perhubungan jangka panjang didalam dan diluar perkahwinan didalam bab menguruskan fikiran tentang perkahwinan.hubungan seorang lelaki dan perempuan lazim dihinggapi rasa jemu yang mencabar komitmen kita kepada hubungan itu.Perasaan jemu itu mungkin muncul ditahun ketiga perhubungan ,mungkin juga ditahun keempat,malah kelima pun bisa.Jika perasaan ini muncul didalam sebuah perhubungan yang telah diikat atas nama sebuah perkahwinan ,maka suami dan isteri akan belajar melayarkan bahtera rumahtangganya buat seketika,dengan kesedaran terhadap tanggungjawab…tatkala perasaan cinta itu pudar seketika.Ia adalah kesan biasa daripada sebuah perhubungan…dan selepas ujian ini Berjaya dilepasi oleh seorang suami dan isteri maka insya-allah cinta yang mekar kembali itu akan menjadi cinta yang kekal kukuh hingga ke akhir usia.

Tetapi jika proses itu berlaku lantaran cinta panjang lebar dari zaman cinta monyet hingga monyet menjadi gorilla maka tida mustahil untuk kekasih anda akan tiba-tiba memberikan signal untuk menamatkan hubungan yang terbina selama ini ! banyak alasan yang boleh diguna pakai…

saya mahu mendekatkan diri kepada allah”

“saya mahu tumpukan perhatian kepada pelajaran yang begitu membebankan sekarang ini.”

“saya rasa kita sudah tidak ada keserasian lagi.”

Hakikat nya semua itu adalah alasan yang dibuat sedangkan sebab sebenarnya ialah “saya sudah jemu dengan awak!” itu sahaja.Maka,jika ibu bapa sudah memberi amaran bahawa perkahwinan adalah persoalan yang tiada ruang perbincangan hingga tergenggam ijazah didalam tangan ,maka hindarkanlah daripada perbuatan menyeksa diri dengan mencari cinta dialam matrikulasi ,atau tahun praklinikal bagi pelajar perubatan kerana anda mencari risiko yang amat membebankan.

“ustaz…habislah saya ,macam ni..saya sudah bertunang .kami merancang untuk berkahwin mungkin dalam empat atau lima tahun lagi!” seorang peserta berjumpa dengan saya dengan wajah panic selepas ceramah berakhir.

“sabar…apa yang ustaz sebutkan tadi,bukanya ketetapan nas.Tetapi ia adalah pengamatan kepada pengalaman dan pembacaan.Pengalaman pelbagai pihak yang memberitahu semua itu.Jika anta sudah ada idea mengenai cabaran ini,maka buatlah persediaan sebaik-baiknya.Bersederhana dalam berhubung,jangan bergayut telefon sampai lepas kahwin dah tak tahu nak sembang apa..dan bijakkan diri dalam mengekalkan kesungguhan masing-masing menuju perkahwinan.Dan jangan “pandang belakang”! saya tersenyum.

“ada hantu ke ustaz?” tanya beliau

“kalau hantu,alhamdullillah.Tapi masalahnya anta mungkin akan Nampak bidadari ..bidadari lain untuk menambah options!” saya bergurau.

“faham,faham..!” katanya sambil mengurut dada.Lega barangkali.

iii. Kesan perhubungan

Di peringkat praperkahwinan ini juga,kita harus beringat terhadap kesan tindak tanduk untuk jangka masa yang panjang.Ketika mahu bercouple ,keluar tengok wayang bersama,merosakkan anak dara dan teruna orang lain…fikirkan dengan sense of begin with the end in mind.Hidup sementara wahai sahabat…namun kesan amalan kekal selamanya.Sama ada ia menjadi kebaikan yang memberikan kesejahteraan yang berkekalan pada kehidupan di alam sana,atau dosa yang menempa bencana dan seksa dineraka allah yang murka.Fikirkan dosa dan pahala.Fikirkan syurga dan neraka.Bahawa setiap sentuhan tanganmu ke atas kulit pasangan yang kamu ghairahkan itu…ada api yang akan merentungkannya.Rentung yang akan tidak mati,tetapi rentung yang akan mengekalkan derita dan seksa.Sebelum kamu sentuh seorang perempuan yang kamu angkat sebagai bidadari hidupmu itu tanpa ikatan sah yang menghalalkannya,fikirkan kembali sakitnya ibu perempuan itu mengeluarkannya dari perut bersabung nyawa.Sanggup merisikokan mati,demi melahirkan seorang anak perempuan yang suci bagai kain putih ,dan hari ini kamu yang muncul tiba-tiba dalam hidupnya itu,mahu mencemarkan perempuan itu?! Tergamak kamu?

Teruskan…jika kalian cukup macho untuk membuktikan diri kalian memang tidak pernah peduli pada perasaan ibu bapa yang membawa kalian datang ke dalam kehidupan ini.Pada kesakitan dan derita mereka,pada usaha mereka memilih pakaian,makan,ubat,rumah dan pelajaran yang terbaik selama ini…kerana nafsu kalian adalah satu-satunya yang terpenting pada tika dan saat ini.

Ya,jika buayafriend dan gelifriend itu sudah Berjaya membuktikan bahawa mereka saling tidak takut kepada allah,terimalah neraka dunia sebelum neraka akhirat. Allah akan menghukum mereka yang tidak endah kepada dosa di era perkahwinan,dengan hukuman perasaan.Perasaan syak wasangka dan sulit membina rasa percaya selepas berumah tangga. “jika dengan aku dulu dia tergamak berzina dan berbuat dosa,apa yang menghalangnya untuk berzina dengan orang lain,” syak seorang isteri ,bekas pelaku dosa,ketika suaminya so-callad out station.

“jika dengan aku dulu dia selamba badak pegang sana pegang sini,apa yang boleh menjamin dia menjaga rumahku dan maruah dirinya dari lelaki lain?” syak seorang suami,bekas pelaku dosa,ketika jauh ditempat kerja meninggalkan isteri dirumah sana.

Tanpa rasa percaya dan hidup dalam prasangka,’nikmatilah’ sebuah derita yang tidak berkesudahan…kesan masing-masing sudah Berjaya membuktikan bahawa mereka berdua memang tidak gentar dan tidak pernah peduli dengan allah dan amaran-nya suatu ketika dahulu.

Fikirkan….dont begin if that is the end in your mind!

Belajarlah bersusah payah mengekang nafsu…kerana susah payah itulah bekal bahagia.Bukti yang terpisahnya suami daripada seorang isteri lantaran kerja,tidak menimbulkan prasangka apa-apa kerana kedua-duanya saling mengikat diri kepada allah,tuhan yang disembah ditempat kerja,dan yang disembah dikediaman sana.Bertemu tidak jemu berpisah tidak gelisah…!

Belajarlah semasa ini,untuk saling membuktikan yang kita memang peduli kepada allah yang maha kuasa,kerana hanya dengan allah sahaja kita mampu untuk terus saling percaya mempercayai.Dia rujukan kita.Kita tidak membelakangkan Dia.

iv. Jangan berkahwin sekadar untuk mendapatkan sijil halal

Seterusnya saya mengingatkan setiap peserta,agar tidak memberikan alasan,”saya kena kahwin segera ustaz,takut terjebak ke benda-benda yang haram.”Seorang di Southampton,seorang lagi di Dublin…tiba-tiba memberi alasan takut “terzina”???

Untuk pasangan ini berzina,si lelaki itu perlu menempah tiket dari halaman web Ryanair.com,kemudian mengemas beg dan mengambil bas dari Grafton street ke Dublin airport ,check in,menaiki pesawat,terbang satu jam menyeberangi irish,mengambil beg,menaiki bas ke Bandar Southampton dan akhirnya berzina.

Ini bukan kes takut terzina tetapi ini kes memang ‘berjihad untuk berzina’malah ketagih zina dan lupa diri.Sewajarnya saya melayangkan barang sebutir dua ‘pelempang’kepada orang seperti ini agar bangkit dan sedar dari alasan nya,’saya kena kahwin segera sebab takut terzina’

Lainlah jika masing-masing belajar diuniversiti yang sama,dikelas yang sama,hari-hari bertemu dan yang tinggal hanya “to be or not to be”

Itu pun,saya masih berasa tidak wajar untuk seseorang itu membuat keputusan berkahwin hanya sekadar untuk mendapatkan sijil halal,kahwin kerana takut zina,seolah-olah itu sahaja yang ada dimindanya tentang makna perkahwinan.Tidakkah dia sedar bahawa cabaran tanggungjawab selepas berkahwin adalah jauh lebih besar dan sulit daripada sekadar cabaran menolak zina?

Jangan buktikan yang jati dirimu selemah itu.jika menolak zina sudah sampai mencetuskan porak peranda hidupmu,di manakah kejantananmu untuk memimpin isteri dan anak-anak?

v. Jangan berkahwin tanpa persetujuan dan pengetahuan ibu bapa

Ruang untuk membelakangkan ibu bapa itu memang ada.Baik lelaki mahupun yang perempuan.Malah bagi lelaki,hukum fiqh tidak pun meminta dirinya mendapatkan persetujuan ibu bapa.tetapi perkahwinan bukan sekadar soal hukum fiqh,bukan sekadar sah tidak sah akad yang dihenjut.

Setelah bertahun saya dan ummu saif berumah tangga,nasihat seorang ibu da seorang ayah kepada kami tetap penting,berharga dan sering diminta untuk mengatur perkahwinan dan rumah tangga.Itu soal nasihat yang diberi dan diminta.Belum lagi dikira titis airmata ibu bapa diatas sejadah berdoa memohon kepada allah agar memakmurkan perkahwinan dan rumah tangga anak-anak mereka.Berapa tinggi doa itu memanjat langit..?

Restu ibu bapa…lebih besar dan agung dari segala motivasi dan rawatan kaunseling yang ada di alam maya ini.Maka jangan lah sekali-kali disingkirkan restu ibu bapa daripada sebuah perkahwinan yang ingin dibina.Itu soal restu.pasangan yang berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa juga harus beringat,bahawa kalian adalah darah daging mereka.tanpa diberitahu,seorang bapa apatah lagi seorang ibu,begitu mudah untuk merasakan sesuatu tentang anak mereka.alangkan sakit selsema pun boleh meresahkan mereka dihujung benua apatah lagi jika si anak yang begitu tergamak berkahwin dengan membelakangkan kedua ibu bapa.

Nanti ibu bapa akan bertanya,”kamu ni dah kahwin ke?”

Mahu dijawab apa?

“errr mana ada mak,ayah.bukankah saya sudah bersetuju untuk berkahwin selepas graduate nanti,” jawab si pengantin lelaki misteri.’

Ahh ,kamu sudah menafikan perkahwinan kamu,kamu tidak sedar yang kamu telah membuat suatu kenyataan bahawa isteri yang kamu nikahi itu,bukan isterimu.

Apa ertinya semua ini?

Saya khuatir penafian itu boleh mengheret perkahwinan kepada tanpa sedar,kamu telah mentalaqkan isterimu dengan talaq kinayah!

Apakah talaq kinayah itu?iaitulah ucapan-ucapan yang mengandungi maksud menidakan perkahwinan dan membatalkannya,namun dilafazkan secara tidak terang,justeru menuntut penjelasan.Apatah lagi ucapan itu dibuat ala-ala jamil dalam kisah ‘madu tiga’.

“sumpah,walllah…tipah itu bukan isteri abang!”

Mungkin dan berkemungkinan besar tidaklah jatuh talaq itu jika anda menafikan perkahwinan anda didepan ibu bapa.tetapi berapa kali anda mahu menipu,dan berapa lama anda tahan hidup dalam pendustaan.bukan mendustakan rakan tetapi ibu bapa sendiri.

Janganlah diheret perkahwinan kepada situasi seperti ini..di mana redha allah,dimana redha ibu bapa?

Mengapa tidak kalian mujahadah sahaja..

Puasa..

Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti berorganisasi…dakwah,kemanusiaan,kemasyarakatan..

“statiknya air akan merosakkannya statistiknya pemuda(dengan banyakkan masa lapang dia)akan membunuh dirinya”-Pepatah arab.

Jika anda tetap berada dalam suatu keadaan yang hanya perkahwinan jalan penyelesaiannya,maka bawalah berbincang dengan baik.Buktikan yang anda sudah cukup dewasa untuk berumah tangga dengan mengambil langkag berdiskusi dengan ibu bapa secara dewasa atau mungkin juga dengan meminta bantuan orang tengah yang boleh membantu kepada rundingan.

Dan sudah tentu disatu sudut yang lain ibu bapa juga haruslah tidak terlalu mengikut perasaan hingga tidak rasional.Berusahalah untuk mempertimbangkan dengan baik keadaan anak-anak dan mebuat keputusan untuk kebaikan anak-anak itu yang hidup mereka penuh cabaran itu,bukan sekadar memberikan alasan-alasan “takut kehilangan anak”, “belum puas membesarkannya” dan alasan-alasan lain yang berisiko tinggi.

Jujurnya ,saya melihat kebanyakan mereka yang berkahwin semasa belajar dapat mengekalkan prestasi pengajian ,malah ada yang bertambah cemerlang.Hanya segelintir yang kecundang…

Fikirkan semua ini supaya anda berCINTA dan bukan bermain cinta.

Dipetik dari buku aku terima nikahnya dari ustaz hasrizal abdul jamil..

No comments:

Post a Comment