Wednesday, February 13, 2013

setelah sekian lama...

Alhamdulillah, hari ni 130213 dapt juga m'update blog kesayanganku ini..maklum aje laa bz mengadap tugas harian semsa praktikum ini..Masa yg begitu banyak diluangkan untuk menyiapkan kerja2 sekolah semuanya demi ank didik tersayang.

Hari ini aku tertarik dengan sebuah artikel mengenai "Mendorong Pelajar Corot dengan Teknik Rasulullah SAW"..aku begitu tertarik dengan artikel tersebut.Artikel tersebut ditulis oleh kakak senior ketika belajar di Mesir dahulu. Memang diakui bukan senang untuk memikul tanggungjawab dan amanah dari Rasulullah untuk menyampaikan ilmu. Lebih2 lagi kepada anak didik di bumi Sabah ini yang mana background family nye tidak begitu memahami islam.

Sesungguhnya dalam seharian mengajar ank didik di sekolah,aku jarang2 sangat menggunakan teknik ini..Mungkin aku terlalu garang, namun garang aku bertempat..Aku nk ank didik aku cepat paham,tapi aku dah salah menggunakan teknik yang sepatutnya.InsyaAllah selepas ini,aku akan cuba perbaiki kelemahan diri ini..ia juga sebagai langkah penambahbaikan untuk memajukan diri kn..Nabi pon x pernah marah kan orang, kenapa aku perlu marah anak murid aku bila dia salah melakukan kerja.Teguran yang baik adalah yang pasti aku kena lakukan..

Walaupun mengajar pelajar pemulihan,x bermakna mereka tidak pandai, mereka semua masih boleh dicorakkan lagi.Mereka pandai sebenarnya namun mungkin mereka takut untuk mencuba. Nabi Muhammad pon buta huruf,namu semasa Malaikat Jibril mengajar baginda menyebut Iqra, baginda menjawab tidak tahu, namun Malaikat Jibril tidak melenting ataupun mencaci Nabi Muhammad.Dengan kesabaran juga, aku yakin mampu buat yang terbaik untuk anak didik ku..:)

Dan setelah sekian lama juga, menghitung hari untuk hari bahagia insyaAllah bulan 8 nanti..Moga segala persiapan ke arah itu berjalan dengan lancar.Terima kasih umi n abah kerana banyak memberi dorongan dan terima kasih jugak pada en.fiance kerana memahami keadaan diri yang sentiasa sibuk..Moga bahagia yang di nanti dalam redha ilahi..(^_^)