Saturday, January 9, 2010

090110-hidup untuk memberi

ulangtahun perkawinan atuk n nenek yg ke-50


indahnya cinta kerana ALLAH

ku syukuri nikmatmu Ya Allah

Hidup untuk memberi..
Ramai orang yang gagal dalam hidup ini kerana lebih pentingkan bagaimana untuk memberi.Sedangkan mengikut kajian , orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang banyak memberi. Pastinya kita akan bertanya bagaimana hal ini boleh terjadi??Bukankah dengan menerima kita akan mendapat lebih, sebaliknya memberi akan mengurangkan??

Ya , itu hanya persepsi kita sahja.Hakikat sebenarnya amat berbeza.Memberi bukan mengurangkan bahkan akan menambah.Sudah menjadi sunnatullah ,orang yang berjaya pada tahap "biasa-biasa" ialah orang yang membawa hanya dirinya seorang sahaja yang berjaya. Tetapi orang yang berjaya pada tahap luar biasa ialah orang yang membawa orang-orang lain berjaya bersamanya.

"No man becomes rich unless he enriches others".Orang yang paling beriman ,bertakwa dan berilmu ialah orang yang membawa orang lain bertakwa , beriman dan berilmu bersamanya.Dalam mencari ilmu jugak kita sepatutnya memberi atau berkongsi ilmu.Agar ilmu yang dikongsi terus berkembang luas..

Percayalah ,memberi kepada orang lain samalah seperti memberi kepada diri sendiri.Tangan yang menghulur bunga mawar pasti berbau harum..



No comments:

Post a Comment