Saturday, January 2, 2010

020110-oksigen cinta













Selagi kita bertekad meneruskan perkahwinan hingga ke akhir hayat, pupuklah kepercayaan.Kepercayaan itu akan melahirkan tanggungjawab dan tanggungjawab adalah oksigen cinta. Oksigen itulah yang akan memberi stamina kepada cinta untuk terus kembara dari dunia hingga ke syurga.


Cinta yang hebat ialah cinta yang ditunjangi tanggungjawab. Cinta itu untuk memberi bukan untuk menerima.Lafaz "Aku terima nikahnya" oleh suami bukan bererti kita menerima sebaliknya untuk memberi.Kita memikul tanggungjawab untuk memberi kasih sayang , perhatian , pembelaan , didikan dan sebagainya..

Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumah tangga. Perkahawinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan . Perasaan tanpa kekeuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. " Perasaan" adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat buruk.Justeru, jika ingin selamat, pastikan perasaan "bekerja" untuk kita bukan sebaliknya..

Jadinya sebelum kita melangkah ke alam perkahwinan, semaikanlah n bajailah hati ini dengan cinta kepada ALLAH swt.Kerana dengan cinta kepadanya akan melahirkan cinta kepada hambanya..Moga dengan ketaatan kita pada ALLAH swt, perkahwinan yang kita bina dapat membawa keharmonian dalam institusi kekeluargaan..Berdisiplin dalam ibadah menjamin tanggungjawab dalam kekeluargaan..Sama-sama kita realisasikan impian indah untuk keindahan dimasa akan datang..(",)

No comments:

Post a Comment