Monday, January 18, 2010

hujung minggu yg best..

~batu feringgi beach~


~ penang butterfly farm~

~k.awien,affaf n nieza~

~affaf, aku n nieza~

~the best moment~

180110-hujung mggu (160110) paling hepy bg aku..d'tour penang syok sgt..Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar walaupon pada mulanye kereta cam sampan..huhu..mujur selamat..ni gara2 si kuzer si penyewa kereta mengisi angin lebih dlm tayar yg menyebabkan kami rasa seolah2 menaiki smpan..smpai kat perhentian Gurun,kami try nk wat sndri isi angin,mujr ade sorang uncle yg baik hati menolong kami..katanye bkn angin kurang tp angin terlebih sbb tu rasa cam sampan..huhu..thanks uncle..1 malaysia(",) diaplikasikan..

Perjalanan kami diterukan lagi..kami menaiki feri tuk ke seberang pulau..hihi..ade satu kisah yg menggelikan hati aku masa nie..aku kan org luar bkn org utara..nk katanye aku kurang tau sgt pasal Penang nie..aku cakap bila kita nk pi Penang sebelah..mna ade Penang sebelah dik oii...huhu..lain kali kna kaji tmpt tue dulu sblm p sna..haha..sronok gak naik feri pi sbrang..first time naik feri yg bawak kete nie..hihi..slalu naik feri bawak orang tnpa knderaan..

Seterusnye kami terus ker batu feringgi..memenuhi hajat k.awien yg nk sgt pi ke batu feringgi..walaupon pada mulanye x boe tau jln..maklumlaa smuanye bkn slalu pi merayap pon..kami meneruskan perjalan tuk ke batu feringgi dgn bantuan signboard kat Penang tue laa..sronok tue..smpai kat batu feringgi dlm kul 11pg..melepaskan lelah dgn mknan yg kami bawak dr umh..affaf mask nasik lemak..sedap tue..mklumlaa perut ngah lapar..haha...

kami x lama mana kat betu feringgi,meneruskan perjalanan ker teluk bahang..singgah masuk taman rama2..duk situ nk dekat sejam lebih..keghairahan melihat speasis rama2 yg cute bangat..dh hbs smua tmpt kami pose,pi berehat kat area trun teluk bahang,mkn durian..indah sungguh keadaan disana..subhanallah('',)..sronok sgt..dh knyang smuanye..pi laa beribadah kepada ilahi kat masjid pe ntah namanye..hihi..lupa..

Papepon nk bgtaukat sni..hujung mnggu tue mmg menyeronokkan..n smpai laa nie penunggu ketawa tu masih terbawa2..haha..suke bebenor..alhamdulillah ALLAH selamatkn perjalanan kami..syukur alhamdulillah..

Wednesday, January 13, 2010

130110-kita hafal doa yer hari nie(",)

Hari nie saya nk berkongsi doa penawar dengan smua..maklumlaa kita nie slalu jer x sihat mana kn??sakit tue tanda ALLAH sayang kat kita..jangan duk sedih kalau sakit ek..kat sini ade doa penawar..mari kita sama2 amalkan ek..

SELAWAT SYIFA'

أللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

"Ya Allah, kurniakanlah rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad saw dan mudah-mudahan dapat mengubati hati dan menjadi penawarnya dan mudah-mudahan menyihatkan badan dan menyembuhkan (dari segala penyakit) dan mudah-mudahan memberi cahaya penglihatan dan menyinarkannya. Dan juga limpahkanlah keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian."

DOA KETIKA DEMAM ATAU SAKIT KEPALA

بسم الله الكبير, أعوذ بالله العظيم من شر عرق نعار ومن شر حر النار

"Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung dengan Allah yang maha agung, dari kesakitan urat yang berdarah dan kesakian panas api neraka."

DOA MENJAUHKAN SEGALA PENYAKIT

أللهم إني أعوذبك كمن البرص والجنون والجزام وسئ الأسقام

"Ya Allah aku berlindung kepadamu dari penyakit sopak , gila dan kusta serta pelbagai jenis penyakit yang jahat"


Moga dengan adanya doa ini kita dpat berkongsi ilmu perubatan dalaman.Yakin dengan kehendak Allah swt.Dari Allah kita datang dan dari Allah juga kita kembali,begitu juga dengan penyakit yang kita hadapi..Semuanya dr Allah swt.


erm..la ni smua keje kuliah x leh nk tangguh2 dah..sem ni masa stdy x panjang.Jadi kena strggle tuk kejar markah yang tinggi n lebih baik dari yang sebelum nie..Isnin nie dah ade 1 assgmnt kena hantar pada doctor..huhu..x cari lagi dalam al-quran ape yang doktor nk tu..arahan nmpk mudah tp tuk dilakukan rumit tu..huhu..moga Allah permudahkan segalanya..

Pengajarannye,setiap ape yang kita lakukan kena ikhlas kerana Allah..moga Allah meringankan beban keje kita..Dan ape yg penting klu kita ingat Allah,Allah akan igt kita selalu..hope diri kita sbgai hamba yg sering kali lalai nie, mengingati Allah sentiasa..x kira masa n dimana saja,sma sepertimana Allah sentiasa menjaga kita walau di mana kita berada..fikir2kan kehidupan kita seharian,jgn lupa muhasabah diri sentiasa..(",)

Saturday, January 9, 2010

090110-hidup untuk memberi

ulangtahun perkawinan atuk n nenek yg ke-50


indahnya cinta kerana ALLAH

ku syukuri nikmatmu Ya Allah

Hidup untuk memberi..
Ramai orang yang gagal dalam hidup ini kerana lebih pentingkan bagaimana untuk memberi.Sedangkan mengikut kajian , orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang banyak memberi. Pastinya kita akan bertanya bagaimana hal ini boleh terjadi??Bukankah dengan menerima kita akan mendapat lebih, sebaliknya memberi akan mengurangkan??

Ya , itu hanya persepsi kita sahja.Hakikat sebenarnya amat berbeza.Memberi bukan mengurangkan bahkan akan menambah.Sudah menjadi sunnatullah ,orang yang berjaya pada tahap "biasa-biasa" ialah orang yang membawa hanya dirinya seorang sahaja yang berjaya. Tetapi orang yang berjaya pada tahap luar biasa ialah orang yang membawa orang-orang lain berjaya bersamanya.

"No man becomes rich unless he enriches others".Orang yang paling beriman ,bertakwa dan berilmu ialah orang yang membawa orang lain bertakwa , beriman dan berilmu bersamanya.Dalam mencari ilmu jugak kita sepatutnya memberi atau berkongsi ilmu.Agar ilmu yang dikongsi terus berkembang luas..

Percayalah ,memberi kepada orang lain samalah seperti memberi kepada diri sendiri.Tangan yang menghulur bunga mawar pasti berbau harum..



Friday, January 8, 2010

080110-ALLAh tidak pernah lupakan kita

Selama kita hidup di dunia ini,pernah x kita terfikir tentang awal kehidupan kita hingga akhir kehidupan kita nanti..Mungkin kita jarang2 terfikirkan kehidupan yang lalu dan mungkin juga ade yg memikirkannya..erm..pernah x kita fikir esok kita dah x bernyawa lagi,pernah x kita berfikir hari ini yang kita lalui dengan bahagia nya esok dah tiada..

Itu la hakikat yang sukar untuk kita terima kan..hari yang sebelum ini kita lalui dengan bahagia dengan insan tersayang, yang sentiasa di sisi ketika susah n senang esoknya dah tiada dihadapan mata kita,tiada lagi senda gurau untuk di kongsi bersama..Mungkin sakit untuk menerima kenyataan , namun kita sebagai manusia x mampu untuk melawan takdir dari Allah swt..Al-fatihah buat us.fauzi azizan..moga rohmu ditempatkan di tempat bersama para solehin di sana..wat k.akma, moga dirimu tabah menempuh dugaan dan ujian dari ilahi..Allah maha mengetahui apa yang tersurat n tersirat dari ape yang berlaku ini..


Dalam kita menghadapi ujian n dugaan dari Allah swt ,kita perlukan kesabaran yang tinggi seperti mana Allah sentiasa sabar dengan kerenah hambanya..Allah sentiasa ingat kepada hambanya..adakah kita senantiasa igt kepada Allah swt??x terlewat lagi tuk kita kembali kepada Allah..perbaiki diri perbaiki akhlak n perkukuhkan ilmu di dada..moga kehadiran kita sebagai umat akhir zaman ini sebagai khalifah di muka bumi Allah ini dapat kita baiki..Ya Allah ampunilaa dosa kami , makhluk mu yang serba kekurangan..Aku yakin kuasa mu ya Allah...

Thursday, January 7, 2010

070110-hari bahagia..

p.uda n family

Erm..smlm bzdy p.uda..moga dipanjangkan usia n diperluaskan pntu rzki n bahagia selalu disamping mak uda n ank2 tersayang..

Hari nie kat kuliah ade wat perjumpaan semua student..untuk membincangkan pekara2 yg mmg patut dibincangkan antara student n org atasan.Alhamdulillah perbincangan yg bagus n org atasan yg leh menerima baik buruk aduan n cdgn dr student..Itu yang sepatutnye ade dlm sebuah komuniti..ade komunikasi n toleransi antara 2 pihak..saya suke(",)

Tak sangka jugak hari nie jmpa member lama dari mesir..sambung kat kuliah ni..kira ok laa tu.Sekurang-kurangnye masih lagi ade cita2 tuk menghabiskan degree n ade cita2 nk mndptkan ilmu ukhrawi..seronok sgt tgk member2 yg smngat tuk mencari ilmu ilahi nie..

Penutup citer tuk 070110 hari nie..moga kehadiran hari esok adalah lebih baik dari hari semalam..jalani kehidupan dengan sebaik mungkin..sentiasa ikhlaskan hati n teguhkan iman..

Wednesday, January 6, 2010

060110-kelebihan wanita solehah


KELEBIHAN WANITA SOLEHAH

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.


4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.


10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. 'Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).


18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak". Sabda Baginda "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" , Allah akan berkahkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."


50. Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".


Point-point dari halaman ini terdapat di dalam kitab Kanzul 'Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain, checking satu persatu belum dibuat. Mudah-mudahan dapat diambil ibrah darinya.

Mulianya kehidupan seorang perempuan itu, jika pandai menjaga keperibadiannya..jadilah wanita yang solehah dipandangan mata Allah..moga hidup ini terdidik dengan kehidupan yang mahmudah..amiinn..



Monday, January 4, 2010

040110-ujian itu tarbiah dari ALLAH

Hari ni kesihatan kurang menyihatkan...dilanda demam selsema n batuk2..ujian dari allah semuanye..syafakillah wat diri ini..alhamdulillah,dah mkn ubat hope kesihatan lebih baik dari hari ini..Allah bagi perigatan supaya lebih mengigatinye x kira masa sakit atau sihat.bukan masa sakit jer baru nk ingat Allah.Kita ni wajib mengingat Allah setiap masa sama seperti mana bila kita ingat mati kita akn sentiasa rapatkan diri pada Allah pncipta makhluknye.

Tak larat camne pon,ibadah pada Allah kita x leh nk tinggalkan..kena sentiasa ingat n sentiasa berzikir.Sakit itu tanda Allah sayang pada kita..Asyik duk citer pasal sakit jer kan..nk wat cmne,org yg tgh menulis ni ngah sakit.huhu
Sebab sakit hari ni n x larat mana hari ni..nk tulis pon x de idea mana.papepon moga diri ini sentiasa tabah hadapi setiap dugaan n cabaran..ingat .."ujian itu tarbiah dari ALLAH"

Sunday, January 3, 2010

indahnya hidup ini 030110

030110-perjuangan yang perlu diteruskan..

Salamalaik,pembuka bicara untuk semua('',).

Hari nie langkah pertama ke kuliah..dah lama x jejak kaki ke kuliah.Alhamdulillah,ALLAH kurniakan kekuatan pada diri ini untuk melangkah meneruskan perjuangan di bumi ALLAH ini..Syukur padamu Ya Allah(",)..

Banyak cita-cita yang perlu aku gapaikan..moga cita2 ini tidak di sini saja..biarlah berterusan sampai bila2..Aku nak najah dengan cemerlangnya..3 sem lagi tuk dihabiskan..gaMbaTe Asilah(",)..
Ape jua rintangan yang berlaku selepas ni,kena hadapi dengan matang dn berfikiran terbuka..jangan bersikap kebudak-budakan..

Hope tercapaila matlamat tuk bulan 6 nnt..moga di situ sinar bahagia menanti..Ya Allah beri aku kekuatan untuk menempuh alam baru..Moga aku mampu memikul tanggungjawab dengan sebaik yang mungkin..Terima kasih buat insan tersayang('',)

Saturday, January 2, 2010

020110-oksigen cinta













Selagi kita bertekad meneruskan perkahwinan hingga ke akhir hayat, pupuklah kepercayaan.Kepercayaan itu akan melahirkan tanggungjawab dan tanggungjawab adalah oksigen cinta. Oksigen itulah yang akan memberi stamina kepada cinta untuk terus kembara dari dunia hingga ke syurga.


Cinta yang hebat ialah cinta yang ditunjangi tanggungjawab. Cinta itu untuk memberi bukan untuk menerima.Lafaz "Aku terima nikahnya" oleh suami bukan bererti kita menerima sebaliknya untuk memberi.Kita memikul tanggungjawab untuk memberi kasih sayang , perhatian , pembelaan , didikan dan sebagainya..

Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumah tangga. Perkahawinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan . Perasaan tanpa kekeuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. " Perasaan" adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat buruk.Justeru, jika ingin selamat, pastikan perasaan "bekerja" untuk kita bukan sebaliknya..

Jadinya sebelum kita melangkah ke alam perkahwinan, semaikanlah n bajailah hati ini dengan cinta kepada ALLAH swt.Kerana dengan cinta kepadanya akan melahirkan cinta kepada hambanya..Moga dengan ketaatan kita pada ALLAH swt, perkahwinan yang kita bina dapat membawa keharmonian dalam institusi kekeluargaan..Berdisiplin dalam ibadah menjamin tanggungjawab dalam kekeluargaan..Sama-sama kita realisasikan impian indah untuk keindahan dimasa akan datang..(",)

Friday, January 1, 2010

selamat datang 1431hijriah-2010 masihiah..


salam pembuka bicara~assalamualaikum~

hari ni 010110-bermula detik baru dalam kalendar masihi..dn bermula detik ini juga ingin aku berubah kepada yg lebih baik..umur makin lama makin meningkat makin bertambah,adakah amalan kita juga bertambah??renung2kan kembali..setiap ape yg telah kita lalui setahun yg lalu..bnyk manfaatnye @ bnyk maksiatnye??

secara jujurnyekepulangan ku sem ini ke kolej bnyk yang menggusarkan hati..x sronok sangat..adekah sebab kes yg lalu..aku rasa x best sgt duk umh sewa ni..jnia aku,skali org dh wat kat aku cmtu aku rasa tawar hati sgt2 nk kawan ngn org cmtu..sedih sgt2..tp x nk aku mmg kena hadapi dan terus berdepan..aku kena perbaiki hati aku n kelemahan aku sbgai seorang manusia.mana ade manusia yang terlalu sempurna..

wahai air mataku,jgnlaa dikau jatuh tika ini..aku ingin kekuatan bukan kelemahan..aku ingin kan seseorang yg menyokong ku..terima kasih umi abah kerana selama ini mnjadi pembakar smngat pada diri ini..asilah msti kuatkan semangat..kena tabahkan hati..GamBaTe asilah..(",)

buat insan tersayang..terima kasih atas kehadiranmu..andai ini jodoh kita moga allah satukan 2 hati ini dalam rahmat kasih sayangnye..ameen..