Friday, September 4, 2009

TIDUR ITU ADALAH IBADAH

Bagaimana menjadikan tidur sebagai ibadah??

Orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam untuk tidur setiap hari.Ini menunjukkan bahawa 1/4 daripada keseluruhan umur kita dihabiskan untuk tidur.Jika umur kita 40 tahun , maka 10 tahun telah dihabiskan untuk tidur sahaja.Oleh itu, amatlah rugi andai tidur tersebut berlalu tnpa sekelumit niat yang ikhlas , yang mampu meningkatkan darjat tidur daripada :-
NIAT : Niatkan untuk berehat dan mendapatkan kembali tenaga untuk beribadah kepada ALLAH.
SUBJEK : Tidur adalah harus .Allah berfirman yang bermaksud :dan kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindung)" surah an-naba' 78:10
PELAKSANAAN : Pelaksanaannya mestilah betul.Jangan tidur secara sengaja semasa bekerja ,memandu kereta atau mendengar khutbah.
OPTIMUM : Hendaklah tidur ditempat yang selamat , nyaman dan kondusif .Adab-adab tidur yang telah dianjurkan olehh Rasulullah s.a.w juga perlulah dipatuhi.
TIDAK MENINGGALKAN IBADAH YANG ASAS : Jangan tidur hingga tertinggal waktu solat.
NATIJAH : Tenaga dan kesegaran yang didapati daripada tidur yang cukup digunakan untuk melaksanakan kebaikan bukan sebaliknya,melakukan kemaksiatan.
Kesimpulannya , adat kebiasaan bernilai ibadah .Dengan menggunakan konsep yang sama , maka terjemahkan dalam setiap perbuatan seperti makan , bekerja ,berpakaian ,memasak dan sebangainya..

No comments:

Post a Comment