Monday, August 24, 2009



TAWAKAL

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Mereka mempunyai hati nurani (sifat tawakal) seperti seekor burung ( yang mencari makan setiap hari ), pasti dia dimasukkan ke dalam syurga."

{Riwayat Muslim , no:2840 }





TIP -TIP TAWAKAL DALAM REZEKI
  • Rezeki yang diperolehi datang daripada ALLAH dan dipinjamkan sementara kepada manusia di dunia.
  • Rezeki yang kita perolehi hanyalah nikmat dunia yang bersifat sementara . Rezeki yang dinikmati sekarang tiada apa-apa nilai diakhirat nanti.
  • Rezeki bukan sahaja merupakan nikmat , pada masa yang sama ia merupakan ujian.
  • Rezeki bukan sahaja berbentuk material seperti harta benda , malah juga berupa kemanisan dalam ibadah , kesihatan ,anak-anak yang soleh , ketenangan dan sebagainya.
  • Allah berhak memberi rezeki kepada sesiapa shaja dan berhak menahan rezeki daripada sesiapa jua.Oleh itu , kita langsung tiada hak untuk mempersoalkan rezeki.
  • Rezeki yang ada dalam tangan kita kini bukan milik kita sepenuhnya , malah ada hak orang lain , iaitu melalui zakat atau sedekah.Satu keajaiban dalam islam , semakin banyak yang diberi semakin banyak akan kita perolehi nanti , bukannya susut.Ibarat berjalan kaki ayam , tapak kaki bukan semakin haus , malah semakin tebal.

Erm..jadinya sempena bulan yang mulia ni marilah kita memperbanyakkan sedekah n jangan lupa keluarkan zakat bagi yang wajib keluarkan zakat...rezeki yang ALLAH beri bukan untuk di buang atau dilupakan tapi perlu disyukuri...hari ini kita masih mampu lagi untuk membeli makanan di bazar ramadan,belum tentu akan datang kita mampu pergi ke bazar ramadan untuk membeli juadah andainya kita sering menjadi rakan syaitan untuk membazirkan rezeki yang ALLAH berikan kepada kita selama ini...makan biar berpada yer...

No comments:

Post a Comment