Tuesday, July 24, 2012

bila berjauhan...PJJ

Bila dah berjauhan camni,kena kuat,kena tetap pendirian..kena selalu berdoa..I.allah Allah maha mengetahui yang terbaik tuk hambanya..Saya percayakan awak..moga yang terbaik itu untuk kita.Ujian yang kita hadapi adalah untuk mengukuhkan perhubungan antara kita..Jarak sekadar kedudukan kita..jangan kita jarak dengan Allah..itu lagi bahaya kan..(^_^)..Doa moga bahagia itu milik kita..


Percaya pada pasangan

Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan.

Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.

- Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.

Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.

Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?

- Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.

Andai kata si jejaka duduk jauh di pantai timur misalnya manakala si gadis tinggal jauh di selatan, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa.

Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.

Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.

- Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.

Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

- Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.

Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.

Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

- Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.

Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Ramai orang tahu apa makna ‘putus kasih’ dalam perhubungan. Ada di kalangan anda yang pernah berpisah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.

Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat bersama dengan pasangan anda hadir dalam minda waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.



Monday, June 18, 2012

sedangkan lidah lagi tergigit...

Norma hidup berkasih..kekadang dilanda masalah jugak kan..erm..siyes den x tau nk pujuk camne,wat masa ni dibiarkan saje n wat cam biasa..walaupun den dah mntk maaf n dimaafkan tapi xcam biasa pon..besar sgt ke kesalahan den ni..tp dia wat den terasa hati..ntahlaa,dh kena marah smlm,lg sedih den yg duk jauh ni..sabo je laa klu duk jauh2 ni..

Kuatkn hati ni,duk jauh kena tabah..xmau dah main ngn air mata..bengkak mata nk p sek..dia bukan tau org kt sni main air mata smpai bengkak..huhu..awk tau x saya sedih kat sini..xpatut awk suruh sy cari yg lain,klu cari betul nt baru tau..sape yg nangis x berlagu masa tu..huhu

*sbnrnye dh penat nk nangis..xde org nk pujuk..dia bukan tau pon..huhu..my blog je tmpt den luahkn rasa geram..huahua..

Wednesday, May 2, 2012

bahagia..

2 Mei 2012..
Semoga semua semangat tuk bekerja..semalam dah cuti kn?? jadi hari ni kena b'smngt tuk berbakti pada bangsa dan negara..khas tuk guru-guru seMalaysia..:)

Teringatkan pesanan si dia yg jauh..walau apa pun yg terjadi kena hadapi bersama demi mencapai bahagia selepas perkahwinan..maksudnye,dh duk jauh2 ni pandai2laa jaga kehormatan diri n peribadi.Jangan smpai jadi fitnah pada diri sendiri,maklumlaa nk kawen ni darah manis..tu org tua-tua la cakap kn..hihi

Terima kasih kerana sudi terima diri ini seadanya,terima kasih kerana menjaga perhubungan ini...moga Allah merahmati perhubungan ini..dan insyaAllah kita akhiri dengan hubungan yang halal..Ya Allah,permudahkan segala urusan kami...umi abah terima kasih merestuinye..(^_^)..yang pasti bahagia itu kita yang cipta,tapi jgn sampai melanggar segala perintah Allah..selagi boleh jaga,jaga laa elok2 supaya x tercalar perhubungan itu..Utamakan yang SATU (ALLAH)  dan family..



Bahagia itu kita yang cipta.
Bahagia itu kita yang rasa.
Mereka mungkin boleh cuba untuk memandang sepi
cuba untuk mentelaah setiap detik perilaku kita
tapi rasa itu cuma kita yang rasa
hanya kita yang mampu ungkapkan apa yang kita lalu
liku yang pernah kita jelang
hati mana yang pernah tersakiti
jiwa mana yang pernah kita calarkan
hati kita
perasaan kita
hanya kita mampu rasa.
Terima kasih tuhan kau berikan aku bahagia






Saturday, March 17, 2012

Jom berkembara dan berkayak...

Alhamdulillah,ada ruang n masa hari ni nak menulis, itu pon setelah sekian lama bz dgn keje2 sekolah n maktab..seminggu tuk interaksi pertama alhamdulillah sudah selesai..La ni wat persediaan mental n fizikal tuk kembara n berkayak..BIG ( bina insan guru) nye pasal, terpaksa laa wat persediaan lebih skit..

Tak tau laa berani x main kayak ni..rasa keyakinan tu 50-50..huhu..takut ada,nk mncuba pon ada..kalau kembara tu rasanye i.allah boleh lepas,sbb mmg suka berjalan jauh...kayak ooo kayak...sy berharap sy boleh buat yang terbaik..sbb sy guru yang cemerlang..(^_^)

x sabar nk mencuba!!!
Tak sabar tuk mencuba..walaupun di buat di tengah2 lautan, kena setting minda bahawasanya aktiviti ni best..(ayat poyo je) hihi..best..best...sy pasti menyukainya...dan yang pasti pengalaman ni seumur hidup skali je..n thanks my fiancee yg bnyk bg sokongan..but lebih2 lagi my mama n papa yg yg dorongan yg kuat pada ur baby ni..(^_^)..sayang korang semua..muah3..

jom kembara!!!!

Satu lagi aktiviti yang akan saya buat untuk kali kedua dalam hidup saya..saya suka dan suka sgt dgn aktiviti ini..maklumlaa sy duk kawasan bandar,jarang2 nk masuk hutan..jadi sy x kan lepaskan peluang keemasan ini..(^_^)..w/pon sy tau perjalanan ini amat mencabar,sy tetap akn teruskan jugak..x kisahlaa dimarahi jurulatih ke ape ke..yg penting kepuasaan diri melakukan aktiviti ni..riadah sambil menenangkan hati..x sabar nk memulakan kembara ni..chaiyok2..

Secara jujurnya,w/pon perasaan takut tu ada..tp perasaan ingin mencuba tu mengatasi perasaan takut..sy pasti BIG kali ni pasti sronok n yg terbaik tuk semua..menguji ketahanan diri n ketabahan hati memasing..(^_^)..chaiyok3...i'm the best...






Sunday, February 5, 2012

belajar memberi dan menerima..

Dah seminggu stay kt negeri dibawah bayu ni..Alhamdulillah,semua berjalan lancar walaupun kekadang rasa rindu bertandang..lebih2 lagi pada umi abah n yg tersayang tu..huhu..

La ni ada masa 40 hari tuk menyesuaikan diri dengan keadaan yg baru..belajar menerima perkara2 yg baru..hope semua berjalan lancar...

Bila jauh dengan kekasih hati,lebih banyak curiga n cemburu sebenarnya..tapi xleh nk over2 sbb dia masih bukan mulik aku yg sbnrnye..tapi harapan moga perhubungan ikatan ni kekal hingga hujung nyawa..

selasa ni bermula kursus induksi n jumaat @ sabtu akn dapt surat posting tuk ke sekolah..hope dapat tmpt yg cukup kemudahan asasnya..(^_^)

Sunday, November 27, 2011

alone again!!!

I'm still at Malacca this weekend but alone..waaaaaa..all my frens balik hometown masing2..huhu..so sad..

Training at KUIM,for me it's good b'coz can help me to improve my english n communication skill..i know i'm very bad ini English..always speak manglish(rojak campur maa)..haha..that way i accept this challenging..n hope get a good job in future..

Malay lak laa..mula2 dtg x ramai,my level confident pon dah low but still stay at here..after 3 days its good n my level confident pon dh highest..n i hope,after training i get a good job n confident to public speaking..cam best je..thanks to Mr.Ben yg cool n Izzhar yg sweet b'coz patience with me..hihi..pasni i want upload new pic at here..waiting ea..:)

Tuesday, November 15, 2011

Hanya kerana dia Imam..

klik tuk besarkan

Hari ni saya rajin untuk update belog simple ni.

Agak-agak siapa lelaki yang paling tampan, paling macho, paling baik, paling kool, paling best, paling hebat dan paling berkuasa di antara insan-insan bernama lelaki?

Ya, senang kan jawapannya. Lelaki yang mampu jadi Imam. Imam secara umumnya, imam solat secara khususnya. Hatta raja dan presiden negara pun bersolat di belakang seorang Imam. Hebat kan imam ni? Berkuasa macam mana pun orang itu, bila dia jadi makmum, dia wajib ikut Imam kalau mahu solat berjemaahnya sah.

Begitu juga dalam memilih pasangan. Wanita yang cerdik akan pilih lelaki yang mampu jadi imam solatnya. Boleh ajar dia solat, boleh bimbing dia. Boleh bangun solat bersama-sama di setiap sepertiga malam. Indah kan?

Adakah ada syarat-syarat yang strict untuk jadi imam? Tidak ada syarat susah. Janji orang Islam dan boleh solat. Boleh baca al-Fatihah. Doa? Tak pandai baca doa tak mengapa, hentam sahaja doa dalam B.Melayu. Yang lebih difahami itu lebih afdhal. Namun juga afdhal jika mengamalkan doa yang Nabi SAW sarankan.

Semua lelaki mampu jadi imam. Jika dia mahu. Jika dia nak. Jika dia berani. Jika dia adalah Muslim. Islam tidak menetapkan keturunan yang baik2, kasta baik2, orang2 soleh sahaja boleh jadi imam. Semua boleh. Kenapa anda tak boleh? Malu bacaan tak sedap? Itu semua boleh diperbaiki. Bukti Islam tidak menetapkan orang tertentu sahaja yang boleh jadi imam:-

"Abu Huzaifah, seorang hamba sahaya yang dimerdekakan, menjadi imam solat bagi kaum Muhajirin yang pertama dan beberapa orang sahabat Nabi SAW di Masjid Quba. Di antara mereka ada Abu Bakar, Umar al-Khattab, Abu Salamah, Zaid dan Amir bin Rabi'ah."
( Diceritakan oleh Umar bin Khattab dan dikeluarkan oleh Imam Bukhari )

Lelaki macho bukan lelaki stylo, lelaki cool bukan lelaki mulut manis berkereta hebat, bekerjaya mantap..bukan. Tapi hanya kerna dia mampu jadi Imam.

Paste from :selamattinggal.blogspot.com