Sunday, November 27, 2011

alone again!!!

I'm still at Malacca this weekend but alone..waaaaaa..all my frens balik hometown masing2..huhu..so sad..

Training at KUIM,for me it's good b'coz can help me to improve my english n communication skill..i know i'm very bad ini English..always speak manglish(rojak campur maa)..haha..that way i accept this challenging..n hope get a good job in future..

Malay lak laa..mula2 dtg x ramai,my level confident pon dah low but still stay at here..after 3 days its good n my level confident pon dh highest..n i hope,after training i get a good job n confident to public speaking..cam best je..thanks to Mr.Ben yg cool n Izzhar yg sweet b'coz patience with me..hihi..pasni i want upload new pic at here..waiting ea..:)

Tuesday, November 15, 2011

Hanya kerana dia Imam..

klik tuk besarkan

Hari ni saya rajin untuk update belog simple ni.

Agak-agak siapa lelaki yang paling tampan, paling macho, paling baik, paling kool, paling best, paling hebat dan paling berkuasa di antara insan-insan bernama lelaki?

Ya, senang kan jawapannya. Lelaki yang mampu jadi Imam. Imam secara umumnya, imam solat secara khususnya. Hatta raja dan presiden negara pun bersolat di belakang seorang Imam. Hebat kan imam ni? Berkuasa macam mana pun orang itu, bila dia jadi makmum, dia wajib ikut Imam kalau mahu solat berjemaahnya sah.

Begitu juga dalam memilih pasangan. Wanita yang cerdik akan pilih lelaki yang mampu jadi imam solatnya. Boleh ajar dia solat, boleh bimbing dia. Boleh bangun solat bersama-sama di setiap sepertiga malam. Indah kan?

Adakah ada syarat-syarat yang strict untuk jadi imam? Tidak ada syarat susah. Janji orang Islam dan boleh solat. Boleh baca al-Fatihah. Doa? Tak pandai baca doa tak mengapa, hentam sahaja doa dalam B.Melayu. Yang lebih difahami itu lebih afdhal. Namun juga afdhal jika mengamalkan doa yang Nabi SAW sarankan.

Semua lelaki mampu jadi imam. Jika dia mahu. Jika dia nak. Jika dia berani. Jika dia adalah Muslim. Islam tidak menetapkan keturunan yang baik2, kasta baik2, orang2 soleh sahaja boleh jadi imam. Semua boleh. Kenapa anda tak boleh? Malu bacaan tak sedap? Itu semua boleh diperbaiki. Bukti Islam tidak menetapkan orang tertentu sahaja yang boleh jadi imam:-

"Abu Huzaifah, seorang hamba sahaya yang dimerdekakan, menjadi imam solat bagi kaum Muhajirin yang pertama dan beberapa orang sahabat Nabi SAW di Masjid Quba. Di antara mereka ada Abu Bakar, Umar al-Khattab, Abu Salamah, Zaid dan Amir bin Rabi'ah."
( Diceritakan oleh Umar bin Khattab dan dikeluarkan oleh Imam Bukhari )

Lelaki macho bukan lelaki stylo, lelaki cool bukan lelaki mulut manis berkereta hebat, bekerjaya mantap..bukan. Tapi hanya kerna dia mampu jadi Imam.

Paste from :selamattinggal.blogspot.com

Saturday, November 12, 2011

Redha dalam pencarian yg mencari..


Nazam Berkasih:
Pandang-pandang hati terkenang
Tidur malam wajah terbayang
Renung-renung hati keliru
Siapakah di hatimu

Jeling-jeling mahu memandang
Dua mata bertentang mata
Harap-harap pula bertemu
Bimbang nanti resah menunggu

Lama-lama.....lama apa
Lama rindu....pada siapa
Pada teruna idaman

Rasa resah.....resah apa
Rasa pilu....bikin apa
Hai dia buat tak tahu

Jauh-jauh.....jauh apa
Jauh hati.....hati siapa
Hati kita yang terluka

Rasa resah.....resah apa
Rasa malu.....bikin apa
Tangan bertepuk sebelah

Dapatkah kuinginkan
Hatimu dan hatiku
Berpadu jadi satu

Jauh-jauh orang berpesan
Yang di sana senang merindu
Harap-harap masa terluang
Ada waktu ingin bertemu

Jauh-jauh menyemai padi
Tidak lalang tumbuh sebendang
Harap-harap kasih menjadi
Dua jiwa berpasangan

Cintaku cintamu suci berpadu
Rinduku rindumu mekar menjadi satu
Dua jiwa berpasangan
Dua cinta berpautan
Senandungkanlah irama cinta suci


Ade kaitan skit lagu ni ngn jiwa aku baru2 ni..w/pon pertemuan yg ditetapkn oleh keluarga,aku cuba menerimanye..wat solat istikharah..solat hajat n sebagainya..dh ku temui jawapannye aku stuju tuk berjumpa si dia..Alhamdulillah pertemuan ditemani umi,abah n adik..w/pon pada mula nye cam susah gak laa nk trima keadaan t'sebut..maklumlaa x pernah nk berdating2 ni..tetibe mengikuti pertemuan yg dirancang 2 keluarga..umi n abah on..kira stuju laa tu..mkck n pkck pon kira stuju gak..

Tapi..aku x menerima penuh si dia,aku wat lg istikharah...smpai laa 1 hari aku rasa x sedap hati,umi n abah asyik duk tnya bila nk fmly sebelah nk dtg umh..berat badan pon masa tu turun mendadak..duk pk hari2 masalah ni laa..aku cuba n blaja menerima si dia..w/pon dia blaja agama tp dia masih jauh..ku pujuk hati supaya menerima si dia,mgkin si dia boleh berubah..tp doa ku pada Allah x putus2..agar dikurniakan seorang suami yg soleh yg boleh mendidik aku n anak2..

Hingga tiba 1 hari,hati mmg x tenteram dh..straight to the point aku tnya si dia..apa kesudahan dr perhubungan ini..dia ckp dia syg,aku ckp wat laa sesuatu klu syg kn perhubungan ni..dia ckp dia nk yg terbaik,aku ckp kita cuba yg terbaik..dia ckp dia nk b'cinta dulu..aku ckp,itu bukan saya..sy x pandai nk b'cnta2 sblm kawen..n aku bg si dia masa tuk b'pk..aku perlu b'tegas dlm hal ni..no cinta2 b4 sah..syadid ke aku??lantaklaaa..

Akhirnya..istikharah aku yg last menunjukkn aku xleh b'sama si dia,aku tggu jwpnnye sblm aku khabarkn jwpn ku..ni jwpn si dia "sy x leh nk commit lg,sy x ready lg n sy takut ngn title awk sbg ustzh..takut x dpt bimbing awk,tp doalah yg terbaik"..erm..biasa org clash msti rasa sedey kn..aku lak lain..rasa cam hilang segala beban memikir kn si dia..Aku yakin dgn petunjuk dari Allah..syukran Ya Allah..mungkin ada yg lebih baik dari nye..yg pasti kena redha,yakin dgn janji Allah...semua tu Allah dh tetapkan..aku sentiasa doakan yg terbaik..

Wat mkck n pkck(bakal mentua x jd)..maafkan sy,sy tau mkck n pkck terkilan..btw,sy x salahkan ank mkck n pkck..ni laa yg dikatakan xde jodoh antara kami..pape pon sy b'syukur dpt b'kenalan dgnnye..dlm sy kehilangan si dia,sy didatangi ank2 buahnye yg ingin rapat dgn sy..alhamdulillah..sy redha..

Yang pasti,jodoh itu sgt misteri..makin kita cuba cari makin ia lari..kekadang hampir dgn kita kekadang dia jauh menghilangkan diri..teruskan berdoa..berdoa n berdoa smbil2 mencari..(^_^)

Saturday, October 29, 2011

bawak hati..

281011-Jumaat yg indah..

Ermm..dah lama x mencoretkan apa yg terjadi selama ni..dek kerana kesibukan sbg seorang guru..Alahamdulillah hari ni berjaya dalam interview walaupun pada awal mengalami kemalangan kecil..besarnye pengorbanan umi nak hantar ank daranye yg sorang ni p Bentong(transfer nk ke KL)..Tuhan je tau cmne perasaan nk p interview td,sbbnye interview ni x dpt nk dibayangkan bagaimana prosesnya..bila duk dalam situasi tu baru lah mengerti apa yang dia nak..

Kul 2.30pm smpai kat Menara TA-1..Ya Allah,100% serah kat Allah td..nervous x yah cakaplaa,mula-mula kali melangkah masuk ke dalam Menara yg gah tu,rasa cam ntahla,x dapat nak digambarkan perasaannya..kul 3.15pm baru di interview..sempoi gile interviewnye, fully in English..huhu..i try to speak in English but i know I'm not good n i speak broken English..haha..nasiblaa td..Alhamdulillah, interview berjaya n after aidiladha aku akn terbang ke ganu..nape ganu??aku yg pilih nk sana..diberi 2 pilihan sama ada nk stay kat KL o terengganu..memikirkan keadaan bandaraya KL,rasanye x sanggup nk duk KL..hiruk pikuk manusia nye wat aku amik keputusan p ganu..aku rasa ganu tmptnye tenang..xbpe bz mna..n hope so good..

Nape nk p jauh2??nk bawak hati yg lara n mmg nk amik pengalaman dari training tu..nk cuba blaja lain dari yg lain..nk cabar diri sndri..hope dapat ketenangan jauh dari org phg ni..x larat nk jaga hati yg sedih ni..sabor je laa..yakin dgn janji Allah..(^_^)

mau lena sudaa..sok 7am nk gerak p johor..mna tau jmpa jodoh ngn org sna lak..hihi

Sunday, October 16, 2011

"cukuplah ku mencintainya dalam diam"

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan berita...hu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

Thursday, August 18, 2011

sabarlah duhai hati...

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)


Mungkin kan terputus di tengah jalan

Mungkin kan terlerai tanpa ikatan

Usah ragu dengan takdir

Mungkin kita kan berbeza haluan

Berakhirnya cerita percintaan

Segalanya ketentuan Tuhan


Dan demikian lah juga soalnya jodoh, usah di tangisi yang bukan milikmu, serahkan pada Allah, sesungguhnya itu semua sudah tertulis di luh mahfuz, tiada yang dapat memadam takdir yang telah ditetapkan..usahlah bersedih kerana mungkin Allah mahu hadiahkan pelangi buat kita..bersyukurlah apa yang ada..kerana hanya kesyukuran itu dapat menyempurnakan segalanya di hati…usah di persoalkan tentang jodoh kerana yang jodoh itu bukan untuk dibanggakan tapi satu keperluan untuk kelengkapan bersama… berserahlah diri bersama hati untukNYA


" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]


Sunday, August 14, 2011

Jodohku...

Soalan yg sering ditanya n kadang2 rasa hampir tergugat dgn persoalan itu..
Dan kini,aku hadir dgn jawapannya..

knp lmbt? krn Allah tahu masa yang terbaik untukku
da berpunya? ya.. kerana setiap org telah ditetapkan jodoh masing2
siapa? nanti Allah akan perkenalkan kepadaku...
dan bila? bila kami da dipertemukan.. insyaAllah jemput datang ke walimatul urusku nanti...

janganlah selalu bertanya bila org tu nak kawen.. kerana semua rahsia dia,terletak di tangan Allah... sampai masa Allah akan membongkarkannya..(^_^)
Sentiasa berdoa n mengharapkan yg terbaik untuk membimbing diri ke arah Mu Ya Allah..