Sunday, October 16, 2011
"cukuplah ku mencintainya dalam diam"
jangan berita...hu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu
Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way
“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)
Thursday, August 18, 2011
sabarlah duhai hati...
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan
Dan demikian lah juga soalnya jodoh, usah di tangisi yang bukan milikmu, serahkan pada Allah, sesungguhnya itu semua sudah tertulis di luh mahfuz, tiada yang dapat memadam takdir yang telah ditetapkan..usahlah bersedih kerana mungkin Allah mahu hadiahkan pelangi buat kita..bersyukurlah apa yang ada..kerana hanya kesyukuran itu dapat menyempurnakan segalanya di hati…usah di persoalkan tentang jodoh kerana yang jodoh itu bukan untuk dibanggakan tapi satu keperluan untuk kelengkapan bersama… berserahlah diri bersama hati untukNYA…
" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]
Sunday, August 14, 2011
Jodohku...
Soalan yg sering ditanya n kadang2 rasa hampir tergugat dgn persoalan itu..
Dan kini,aku hadir dgn jawapannya..
knp lmbt? krn Allah tahu masa yang terbaik untukku
da berpunya? ya.. kerana setiap org telah ditetapkan jodoh masing2
siapa? nanti Allah akan perkenalkan kepadaku...
dan bila? bila kami da dipertemukan.. insyaAllah jemput datang ke walimatul urusku nanti...
janganlah selalu bertanya bila org tu nak kawen.. kerana semua rahsia dia,terletak di tangan Allah... sampai masa Allah akan membongkarkannya..(^_^)
Friday, August 12, 2011
PENTINGNYA MERAPATKAN SAFF SOLAT JEMAAH!!
Rapatkan saf - Usahakan barisan terbaik KALIMAT yang sering kita dengar dari mulut imam sebelum memulakan solat adalah "Luruskan saf" atau "Rapatkan saf".
Namun berapa ramai yang benar-benar mengikuti arahan imam tersebut? Berapa ramai yang mengetahui apa maknanya meluruskan saf mengikut sunah Rasulullah s.a.w. yang sahih?
Manakala bagi saf jemaah perempuan, saf paling utama adalah saf paling akhir sekali. Ia sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :’Sebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan, dan yang terburuk ialah yang paling belakang, dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir, dan yang terburuk ialah yang paling depan.’’ (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan Abu Hurairah:
"Andaikata manusia mengetahui apa yang ada di dalam panggilan azan dan memenuhi saf paling depan, kemudian mereka tidak berjaya mendapatkannya (saf paling depan itu) kecuali jika mereka berlumba untuk mendapatkannya, pasti mereka akan berlumba."(Riwayat Bukhari).
Disebut juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. bahawa saf di sebelah kanan mempunyai lebih keutamaan berbanding saf di sebelah kiri. Daripada Aishah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat terhadap orang yang berada di saf sebelah kanan."(Riwayat Ibnu Majah)
kan cantik bila saff sama..(^_^)
Hadis Berkenaan Dengan Cara Merapatkan Saf
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ: عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَقِيمُوا صُفُوفَكُمْ فَإِنِّي أَرَاكُمْ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِي وَكَانَ أَحَدُنَا يُلْزِقُ مَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَقَدَمَهُ بِقَدَمِهِ
Maksud: Dari Anas B. Malik (radhiyallahu 'anhu), beliau menjelaskan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam menyuruh supaya para makmum merapatkan saf-saf mereka dan Nabi akan dapat memerhatikan mereka dari belakang. Dan pada ketika itu masing-masing di antara kami pun saling merapatkanlah bahu dengan bahu dan telapak kaki dengan telapak kaki yang di sebelah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, 3/154, no. 683)
Sebenarnya ada beberapa perkara lain yang juga telah diperintahkan oleh Rasulullah berkaitan kesempurnaan saf:
1. Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya.
2. Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya.
3. Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya.
Hanya dengan mempraktikkan perkara-perkara di atas barulah tercapai kesempurnaan saf dalam solat berjemaah dalam erti kata sebenar.
Hadis Tentang Kepentingan Merapatkan Saf
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَقِيمُوا الصُّفُوفَ وَحَاذُوا بَيْنَ الْمَنَاكِبِ وَسُدُّوا الْخَلَلَ وَلِينُوا بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ لَمْ يَقُلْ عِيسَى بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ وَلَا تَذَرُوا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ
Maksud: Daripada 'Abdullah B. 'Umar, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
Luruskanlah saf-saf, rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah (di kanan dan kiri di antara kamu), dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kamu, serta jangan biarkan ada celah-celah untuk Syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf, Allah akan menyambungkan hubungan dengannya dan sesiapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya. (Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, Kitab as-Solah, 2/309, no. 570. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan Abi Daud, 2/166, no. 666)
Hikmah Merapatkan Saff
1. Ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat.
Sabda Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim).
2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam.
Sabda Rasulullah:"Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu."(Riwayat Muslim).
Sabda Baginda lagi:"Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu." (Riwayat Abu Daud).
Menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur: ''Dalam perintah meluruskan dan merapatkan saf merupakan unsur pendekat jiwa yang akan menjalinkan hubungan persaudaraan dan keinginan saling menolong. Bagaimana tidak! Bukankah bahu si miskin berhimpitan dengan bahu si konglomerat, kaki si kuat melekat dengan kaki si lemah. Dan semuanya berada dalam satu saf, bagaikan bangunan yang tersusun sangat rapat.
3. Ia dapat menghindari gangguan syaitan ke atas orang yang bersolat.
Sabda Rasulullah: Rapatkanlah saf kamu sekalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing. (Riwayat Abu Daud).
4. Allah mencintai mereka yang menyempurnakan saf.
Sabda Rasulullah: Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf (dalam solat). (Riwayat Abu Daud).
5. Ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang menyempurnakan saf di dalam solatnya.
Rasulullah bersabda:"Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang paling lembut bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah seseorang yang melangkah untuk menutup celah dalam saf."(Riwayat Thabrani).
Sayang sekali sunah-sunah berkaitan dengan saf ini telah dilalaikan dan diambil mudah oleh masyarakat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Apa yang ingin penulis sarankan di sini adalah agar sunah meluruskan dan merapatkan saf ini dihidupkan semula, terutamanya oleh para imam di masjid-masjid seluruh Malaysia. Para imam hendaklah bersungguh-sungguh mengerjakan sunah ini dan mengajak mereka yang bersolat di belakang melaksanakannya. Sabda Rasulullah s.a.w mengingatkan: Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat. (Riwayat Bukhari).
Sampaikan lah kepada semua,kerana perkara ini nampak remeh tetapi sebernarnya banyak fadhilat dan hikmahnya..jika kita sayang kan Rasulullah,marilah sampaikan perkara ini..berani menegur andai kita dalam keadaan situasi saff yg renggang..tegur tu kan tanda sayang..(^_^)..saya sayang kamu semua..sampaikan kefahaman yang telah dibaca ini kepada ibu kamu,adik beradik kamu,sedara mara kamu,sahabat2 kamu,jiran tetangga,mak mentua @bakal mak mentua n sesiapa shja..
Tuesday, August 9, 2011
Jom kongsi bersama..
ALHAMDULILLAH kita sudah hampir meninggalkan pusingan awal Ramadan 1432H yang menjanjikan rahmat buat kita yang mahu dan berusaha mendapatkannya. Esok malam kita akan melangkah ke pusingan kedua yang Allah janjikan keampunan-Nya yang Maha Luas. Insya Allah kita belum mengalah.
Syukur juga kerana terasa imarahnya masjid dan surau seluruh dunia dengan kehadiran bulan al-Mubarak ini. Waktu antara maghrib hingga usai Tarawih lah yang paling meriah di rumah-rumah Allah.
Baik lelaki atau wanita. Muda atau tua. Bujang atau berkeluarga. Masing-masing tak mahu melepaskan peluang ini.
Tetapi, ada beberapa perkara biasa kita lihat tetapi perlu diperbetulkan dalam keghairahan kita menghidupkan malam di bulan mulia ini.
Berdasarkan pemerhatian saya di surau dan masjid sepanjang Ramadan ini, ada beberapa perkara perlu diberi perhatian. Berikut saya senaraikan, setakat mana yang teringat:
1) Kebiasaan yang bagusnya apabila muslimat kita rajin membawa anak yang belum baligh bertarawih sekali. Satu pujian untuk itu. Tetapi, yang biasanya kita lihat, mereka bersolat di tengah saf dengan anaknya berada di samping - yakni dalam saf yang sama. Kadang-kadang anaknya berlari meninggalkan saf, jadi berlaku lompong di tengah-tengah saf. Ini menyebabkan saf muslimat terputus.
Yang betulnya, bawalah anak-anak kita tadi bersolat di hujung saf, sama ada kiri atau kanan. Insya Allah di samping lebih selesa bagi si anak, baik juga bagi jemaah lain menjaga khusyuk.
2) Bukan semua kita dapat datang solat Isyak bersama imam di takbiratul ihram. Ada yang terlewat, masbuqlah dia. Ada yang lagi lewat, tiba masa orang sedang solat tarawih. Biasanya, yang tiba selewat ini, kita pasti akan mendahulukan solat Isyak, kan? Dan biasanya jugalah, kita memilih penjuru mana-mana dan bersolat Isyak sendirian. Usai solat Isyak sendirian, baru mengabungkan diri dalam saf tarawih.
Yang betulnya, kita berjemaah juga. Masuk dalam saf, niat mahu solat Isyak dan berjemaah bersama-sama jemaah yang sedang bertarawih. Seusai imam memberi salam, sambunglah baki solat bagi menggenapkan 4 rakaat solat Isyak kita.
3) Ini kebiasaan yang berlaku di kebanyakan masjid dan surau yang melaksanakan solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Kita memilih untuk solat 8 rakaat sahaja. Usai 8 rakaat, kita bercadang mengerjakan solat witir 1 rakaat sahaja. Biasa dilihat, ada yang masih kekal dalam saf sedangkan dia niat solat witir bersendirian. Selepas selesai 1 rakaat witirnya, dia bergegas keluar saf. Lagi satu lompong ...
Yang betulnya, jika mahu solat witir sendirian kerana memilih solat tarawih 8 rakaat sahaja, kita keluar dahulu dari saf dan solatlah. Itu lebih bagus supaya saf masih tersusun.
4) Biasanya, jemaah muslimat gemar membawa sejadah kecil sendiri. Sebaik masuk saf, sejadah atau alas itu kita bentang di depan kita. Biasanya, jika saf berganjak kerana mengisi lompong yang kosong, kita tak berganjak sama. Mungkin kerana kalau berganjak, sejadah atau alas itu mungkin akan jauh dari kita dan digunakan pula oleh orang lain.
Yang betulnya, anjaklah. Rapatkan saf itu lebih utama. Dan sebaiknya, di masjid atau surau yang sudah terhampar sejadah atau karpet, tak perlulah lagi kita beralas lain. Seragam lebih nampak cantik, kan?
Wallahua'lam.
Itulah serba sedikit pemerhatian saya sepanjang beberapa tahun Ramadan ini. Mana yang biasa itu, boleh kita betulkan. Dan mesti kita betulkan.
Sunday, July 31, 2011
Fadhilat dan kelebihan Tarawih..
Fadhilat dan Kelebihan Tarawih
Ada pun fadhilat dan kelebihan bagi orang-orang yang mengerjakan sembahyang sunat Tarawih adalah seperti berikut :-
Malam | Kelebihannya |
| 1 | Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya |
| 2 | Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin |
| 3 | Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”. |
| 4 | Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran. |
| 5 | Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin |
| 6 | Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya |
| 7 | Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman |
| 8 | Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam |
| 9 | Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W |
| 10 | Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat |
| 11 | Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa |
| 12 | Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama |
| 13 | Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan |
| 14 | Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat. |
| 15 | Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi. |
| 16 | Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga |
| 17 | Di beri pahala seperti pahala para Nabi |
| 18 | Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”. |
| 19 | Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus. |
| 20 | Di beri pahala para syuhada dan salihen |
| 21 | Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga. |
| 22 | Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan |
| 23 | Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga |
| 24 | Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan |
| 25 | Di hapuskan dari seksaan kubur. |
| 26 | Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun |
| 27 | Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar. |
| 28 | Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga |
| 29 | Diberi pahala seribu haji yang mabrur |
| 30 | Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku. |
Saturday, July 30, 2011
Ahlan Ya Shahru Ramadhan..
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.
Manusia suka harta, tapi lupa pada amalan,
Manusia Suka rumah, tapi lupa pada kubur,
Manusia suka bercinta, tapi lupa pada neraka,
Manusia suka berbalah, kerana lupa adanya syurga,
Manusia Suka manusia, tetapi lupa pada pencipta...
Sesungguhnya kita manusia yang sering alpa,sering lupa diri..di bulan yang penuh barakah ini,penuh dengan kemuliaan,marilah kita bersama-sama menambahkan dan melipat gandakan amalan ibadah kita kepada Allah SWT..kerana dalam bulan yg mulia ini,segala permohonan kita tidak akan ditolak,kerana Allah maha pengasih lagi maha penyayang..