Thursday, July 7, 2011

Fadilat Bulan Syaaban..

Sabda Rasul S.A.W, yang bermaksud:

"Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.."

Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda.

Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.."

Itulah antara kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban.

Di samping itu, berpuasa dalam bulan ini juga adalah sebagai persediaan untuk melakukan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.

Seterusnya bulan Syaaban ini juga merupakan bulan di mana setiap doa orang-orang beriman akan dimakbulkan Allah.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, baginda Rasul S.A.W ada bersabda yang bermaksud :

"Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.."

Inilah antara beberapa kelebihan yang Allah kurniakan untuk para hambaNya dalam bulan Syaaban.

Wednesday, July 6, 2011

Kenapa Baca Al-Quran Walaupun Tak Faham Maknanya??


Petikan ini dalam Bahasa Inggeris yang bertajuk: Why read the Qur’an when we do not understand arabic?

Saya copy terus agar tidak salah penggunaan bahasa saya yang takut membawa kepada makna yang lain.

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur’an do?”

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water. The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, “You’ll have to move a little faster next time,” and sent him back to the river with the basket to try again.

Sunday, July 3, 2011

bercouple atau jual mahal...??

Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber'dating' sebelum melangkah ke alam perkahwinan?

Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?

Bukan begitu. Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen.

Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah.

Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti.

Tetapi saya memang bingung.

Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak.

Cinta Monyet

Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet.

Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar.

Ada sahaja rakan-rakan yang ber'cinta' seawal darjah lima.

Saya bingung. Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini.

Maka tidak hairanlah mengapa saya bingung ketika itu.

Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal usia di darjah lima.

Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat.

Mungkin merasakan diri lebih matang sedangkan baru menginjak remaja.

Kisah cinta disekeliling saya bermacam-macam.

Kenyataan-kenyataan seperti; batch kami bercinta seperti tukar baju (pelajar batch tersebut sering bertukar-tukar pasangan ibarat menukar baju setiap hari), ada senior mengaku dia bercinta untuk mencari pengalaman.

Aduh! Saya menjadi semakin bingung.

Benarkah ini semua?

Erti couple, cinta dan perkahwinan

Kini setelah saya berusia dua puluh dua tahun, saya semakin mengerti.

Kisah pasangan berdua-duaan yang saya fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam.

Bahkan, Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa.

Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga dapat saya cari jawapannya.

Buku Tentang Cinta karangan Ustaz Pahrol banyak membantu saya untuk memahami isu ini.

Tambahan pula, semasa saya di Kolej Yayasan UEM Lembah Beringin, forum Tentang Cinta telah diadakan. Panel-panel terdiri daripada Ustaz Pahrol sendiri, Ustaz Hashim (trainer Fitrah Perkasa) dan Ustaz Hasrizal.

Panel yang hadir cukup berpengalaman kerana mereka jauh lebih dewasa dan sudah berkeluarga.

Islam dan Cinta

Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan.

Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.

Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet?

Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?

Bercinta adalah berkasih sayang.

Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri?

Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri.

Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?

Bagi saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya.

Saya perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita.

Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.

Semakin dewasa saya semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara praktikalnya (bukan saya yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling).

Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan.

Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang saya ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa memahami permasalahan ini).

Perkahwinan yang memang bergelora.

Sesekali terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok.

Jual mahal?

Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber'boyfriend', maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal.

Nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.

Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber'boyfriend' itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih?

Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan?

Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?

Isu yang berat untuk difikirkan bersama.

Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :

"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".

Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah.

Tulisan ini sekadar perkongsian yang sudah mula saya fikirkan sejak kecil lagi. Mencari-cari apakah formulanya sedangkan Islam memang ada jawapannya.

Thursday, May 19, 2011

Adakah kita bertemu orang yg salah??

Terkadang kita terfikir :

Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?

Teman sekerja yang tak 'ngam'?

Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?

Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?

Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?

(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)

((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))

Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.

Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini.

Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

Untuk lita'arafu..

Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.

Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.

Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.

Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.

Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.

Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..

Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?

Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...

Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.

Takkan!

Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.

Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.

Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.

Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.

Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'

Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.

Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,

Untuk kita belajar sesuatu darinya.

Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.

Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.

Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.

Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.

Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?

Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.

Itulah dia Allah.

Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.

Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.

And He Knows best.

Wallahua'lam.

Bersabar, dan teruslah berdoa.

Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

- Artikel iluvislam.com

Monday, March 28, 2011

280311

Alhamdulillah...kalam pujian ku untuk segalanya..alhamdulillah wa syukurullillah atas nikmat iman dan islam ini..:)

Setelah sekian lama menyepi dari melihat ruangan blog ini,hari ni berpeluang juga tuk mencoret w/pon sekadarnya..kerana kesibukan yg melampau,xsempat nk update pape yg patut dlm blog yg dah hmpir nk bersawang ni..hihi..

250311 baru ni p USM with afiah n fajar..Alhamdulillah, x sia2 p sna..untuk pertama kalinya join usrah yg menyentuh hati..dan kini terjawab sgla persoalan knpa diaorg ni x risau dgn jodoh yg dtg lewat..bukan diri x mahu disunting,akan tetapi yakin dgn janji Allah..yang pastinya bila diri makin dekat dgn Allah,rindu tu sntiasa berbunga..x jmpa sehari rindu bertandang sntiasa..:)..nikmatnya bercinta dengan ilahi..Allah is always caring n daring..no more another things like Allah swt..tahnks Ya Allah..

Ingin aku kongsikan apa yg aku dapat bila menyertai prog usrah di USM baru2 ni..pertama2nya tentang couple "as happy as a cow"perumpamaan bg cinta yg x syarie..thats means org yg bercinta n bercouple ni like cow..why?? coz lembu bercucuk hidung hnya mengikut rentak si penariknya..camtu gak laa yg bercouple kn..bila di tarik ikut jer, pastu x pk dh mana baik mana buruk..n the last story that girl pastinya pregnant..ciannye..salah siapa?? salah org yg bercnta tu laa kn..cinta itu x buta, tp yg buta org yg bercnta tu..nauzubillah..

Hakikat sbnr tntg cinta adalah cinta itu ibadah "just 4 married"..kebahagiaan yg kita cari ialah,kita kenal siapa pencipta yg mencipta kita..bila kita kenal siapa yg mencipta pasti kita akan sntiasa menrinduinya..elak kn dari bercouple..erm,1 soklan yg perlu korang pk2 kn..Rasulullah ni dulu pernah bercouple ke??jawab2..yg pastinya tntu tidak..klu Rasulullah x wat nape kita brani2 wat..x takut Allah murka ke??x malu ke dgn Rasulullah??

Zaman la ni terlalu ramai yg brani n dgn bangganya mengaku mereka ini bercouple..Ya Allah, xmalu sungguh diaorg ni..lebih2 lg in facebook, twitter n pape jer laa lmn web sosial..tnpa segan silu meletakkan pic bersama teman lelaki n sbliknya..bila di tegur dikata org yg menegur tu busy body..that true pe,perlu busy body laa kn,"nt klu u t'pregnant u angry with me lak i x tegur u..arghhh..sengal sungguh.."mintak jauhlaa dari smua ni..x perlu nk public display affair..x de per yg nk dibangga kn pon..sia2 n dpt dosa adalah..lebih malu jika yg wat tu ank melayu yg bergama islam..moga adik2 ku jauh dari berlaku sedemikian rupa..

Tapi if u all nk berubah,ahsan..ahlan wasahlan tuk berubah..jgn takut..itu bermakna hati tdak mati..hati yg mati ni,tegur lembut ke cara kasar ke,diaorg wat x tau jer..Alhamdulilah jika anda hndak berubah..
  1. kena bertaubat (xkan ulang perbuatan yg sama)..
  2. mujahadah kena kuat..
  3. kena berazam (pasang dlm hati)
perbaiki diri dgn:

  • bangun qiamulail
  • solat 2 rakaat sblm subuh
  • mengaji 2 muka surat tiap2 hr
  • infak @ bersedekah
  • zikrullah (ma'surat tiap2 hari)
  • duk dlm mjlis ilmu
  • jmpa org yg soleh
  • tinggalkn pkra maksiat
I.allah, klu kita ikhlas n yakin..Allah pasti kabulkn apa yg kita pohon..n moga hati kita sntiasa subur mengingati Allah..

Cukuplah setakat ini dulu coretan hati kali ini..hope yg sudi membaca ni akan menyebarkannya..xsalah tuk berkongsi ilmu..i like2..('',)..

رب أوزعنى أن أشكر نعمتك التي أنعمت على وعلى ولدى وأن أعمل صالحا ترضه وأدخلنى برحمتك في عبادك الصالحين
" Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham utk tetap mensyukuri nikmatMu yg telah engkau anugerahkan kpdaku dan kpda ke-2 org tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yg engkau redhai dan masukkanlah aku dgn rahmatMu dlm golongan hamba2Mu yg soleh"
an-naml:19

Amalkn laa doa ni..moga kita tergolong dlm golongan yg sntiasa mensyukuri nikmat dari Allah..:)

Friday, February 18, 2011

180211..jumaat yg indah

Assalamualaikum..
Sekian lama menyepikan diri..baru hari ni ada sedikit masa tuk menulis dalam blog kesayangan ini..dah lama juga x membukanya..bz dgn bahan ilmiah tuk asgnmnt..terlalu banyak..maklumlah tahun akhir katakan..mmg xleh nk main2..kena sungguh2..lagi2 la ni duk b'kawan ngn org PHD..lg x leh main2..klu dia leh smpai PHD aku pon boleh,i.allah..tu cita2 aku..aku kena capai..:)

Minggu ni minggu kelahiran baginda Rasulullah saw..mari perbanyakkan selawat tanda ingatan kita pada baginda yg kita cintai n sayangi..moga kita umat yang sentiasa mengingati baginda saw..Disini sedikit info untuk dikongsi bersama..

Oleh Panel Penyelidikan Yayasan Sofa
Negeri Sembilan

SYUKUR kepada Allah kerana dengan limpahan anugerah dan kasih sayang-Nya, kita dapat menikmati nikmat Islam, mengecapi manisnya iman dan menghayati indahnya ihsan. Syukur kepada Allah kerana mengutuskan kepada kita seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan sehingga kita dapat mengecapi nikmat-nikmat ini hingga ke hari ini.

Tetapi kemanisan dan keistimewaan nikmat dan limpahan ini tidak akan dapat benar-benar kita rasai tanpa menghayati Islam melalui pintu dan manhaj ‘Hubb‘ atau cinta dan kasih-sayang.

Jika dalam kesempatan yang lepas kita mengimbau keagungan cinta Allah yang menjadi asal segala cinta, marilah pula kita membicarakan tentang cinta Rasulullah SAW yang perlu dijadikan bekal dan azimat bagi umat dalam mengharungi kehidupan ini.

Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya,

“Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (riwayat al-Darimi).

Jika para bapa yang lain lebih banyak berjasa memelihara kebajikan material yang tidak kekal sifatnya, Rasulullah adalah bapa paling mithali dan paling layak menerima segala darjah kebesaran dan pujian kerana Baginda juga adalah bapa yang membelai dan menyubur jiwa dan roh umatnya agar berjaya di sini dan di alam abadi.

Hidup dan matinya sentiasa tamak menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anaknya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya dan sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan.

Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128. Malah Rasulullah pernah bersabda:

Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh Baginda semata-mata demi umatnya sehingga Baginda tidak reda seorang pun umatnya terjerumus ke neraka.

Diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya daripada Abdullah ibnu ‘Amru ibnu al ‘As berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah SAW membaca firman Allah mengenai Nabi Ibrahim as:

Wahai Tuhanku! Berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat). (Ibrahim: 36)

Kemudian Baginda SAW membaca pula perkataan Nabi Isa as iaitu dalam surah al-Maidah ayat 118.

Setelah itu, Nabi mengangkat kedua tangannya dan berdoa sambil menangis: Ya Allah! Umatku! Umatku! Lalu Allah berfirman kepada Jibril as, “Wahai Jibril! Pergilah kamu kepada Muhammad – sememangnya Allah lebih Mengetahui – tanyalah kepadanya apa yang menyebabkan dia menangis.” Maka Jibril as menemui Nabi SAW, lalu bertanya kepada Baginda SAW dan Baginda mengkhabarkan kepada Jibril as sebab tangisannya. Maka Allah berfirman kepada Jibril as, “Pergilah kamu menemui Muhammad dan katakanlah kepadanya bahawa Allah berfirman kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan membuatkan engkau reda pada umat engkau dan Kami tidak akan menyakiti (mendukacitakan) engkau dalam urusan umat engkau.

Menurut Imam Nawawi, hadis ini menunjukkan kesempurnaan sifat kasih Nabi SAW terhadap umatnya, keprihatinan Baginda terhadap kemaslahatan dan keadaan mereka. Ia juga menerangkan tentang kebesaran kedudukan Nabi SAW di sisi Allah dan betapa besarnya kelembutan Allah terhadap hamba-Nya. Pengutusan Jibril as kepada Baginda SAW menzahirkan lagi ketinggian kedudukan Baginda di sisi Allah di tempat yang teratas sehingga Baginda dimuliakan dengan diberikan kepadanya apa yang disukai dan diredainya. (Sohih Muslim bi Syarh Imam al Nawawi jilid 2 H: 438)

Rasulullah utamakan umatnya

Sifat kasih yang mendalam menyebabkan Baginda sentiasa mengutamakan umatnya, tidak mahu umatnya menanggung kesusahan dan segala beban umatnya rela ditanggung sendiri oleh Baginda SAW. Rasulullah SAW bersabda:

Aku lebih utama bagi orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri. Sesiapa dari kalangan kaum Mukminin yang meninggal dunia meninggalkan hutang maka ke ataskulah tanggungjawab melangsaikan hutangnya. Sesiapa dari kalangan mereka yang meninggalkan harta, maka ia adalah bagi warisnya. (riwayat Imam Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Nasai dan Ibnu Majah). Bahkan, Allah telah berfirman mengenainya sebagai mana dalam surah al-Ahzab ayat 6.

Ulama menyatakan, Nabi SAW adalah lebih utama daripada diri mereka sendiri kerana diri mereka mengajak mereka kepada kerosakan, sedangkan Baginda SAW mengajak mereka kepada keselamatan dan kesejahteraan.

Nabi SAW juga mengambil berat tentang keadaan umatnya dan sentiasa mendoakan mereka. Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata:

Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, “Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya.” Rasulullah SAW pun mendoakan, “Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang.” Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Adakah doa saya menggembirakan kamu?” Aisyah menjawab, “Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat.”

Rasulullah SAW juga menyimpan doa mustajabnya untuk dijadikan sebagai syafaat bagi umatnya pada hari yang paling penting dan sukar iaitu Hari Kiamat. Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda:

Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat. (riwayat Muslim dalam kitab al Iman)

Rasulullah adalah duta Allah SWT bagi menyampaikan mesej kasih sayang, dan Baginda telah pun melaksanakan amanah tersebut dengan sempurna. Kasih sayang itu telah pun diterjemahkan dalam segala perbuatan dan perkataan Baginda.

Rasulullah SAW menghulurkan kasih sayangnya, tanpa mengira warna kulit dan agama seseorang, hatta benda-benda tidak bernyawa mengecapi nikmat cinta Baginda. Baginda SAW sentiasa menyuruh bersifat belas dan kasih dan membenci kekerasan dan kekasaran.

Diriwayatkan daripada Aisyah ra bahawa orang-orang Yahudi menemui Nabi SAW, lalu mengucapkan: “Kecelakaan ke atas kamu.” Rasululah SAW bersabda: “Dan ke atasmu juga.” Lalu Aisyah mencelah: “Semoga kecelakaan ditimpakan ke atas kalian juga, laknat Allah dan juga kemurkaan-Nya ke atas kalian.” Rasulullah bersabda: “Perlahan-lahanlah, wahai Aisyah! Berlemah-lembutlah kamu dan janganlah kamu berkasar.”Aisyah berkata: “Apakah kamu tidak mendengar apa yang mereka ucapkan?” Rasulullah SAW bersabda: “Apakah kamu tidak mendengar apa yang aku katakan? Aku telah pun membalas ucapan mereka. Maka doaku itu dimustajabkan dan doa mereka tidak diperkenankan.” Jelas dalam situasi sebegitupun cinta yang mendalam dalam diri Rasulullah menghalangnya daripada berlebihan dalam membalas kejahatan.

Maka tepatlah Allah telah menggelarkan Baginda sebagai rahmat kepada seluruh alam dan sebagai yang amat pengasih kepada umatnya. Allah SWT telah berkenan mengurniakan kepada Baginda dua daripada nama-nama-Nya yang agung iaitu Ra’uf (Orang yang bersifat belas) dan Rahim (Orang Yang Penyayang).

Di dunia, Nabi SAW sentiasa berusaha memberi keringanan kepada umatnya. Maka Baginda SAW bersabda: “Sekiranya tidak berat ke atas umatku, nescaya aku memerintahkan mereka supaya bersugi pada setiap kali hendak melakukan solat.” Manakala di akhirat, Rasulullah SAW bersabda: “Umatku! Umatku! Ketika itu, manusia sibuk mendapatkan pertolongan para Nabi sedangkan mereka pula sibuk memikirkan nasib diri mereka. Tetapi Nabi Muhammad sibuk memikirkan umatnya bukan dirinya.

Justeru, wajiblah bagi kita menyaksikan kemuliaan Baginda dalam setiap nikmat yang diterima oleh seorang Muslim kerana Baginda SAW adalah pembuka jalan-jalan kebaikan untuk kita dan menzahirkan bagi kita jalan-jalan yang mulia.

Rasulullah menghulur cinta bukan untuk dibalas tetapi untuk diteladani. Meneladani cinta Baginda SAW membawa bahagia hingga ke syurga. Orang yang berakal dan mempunyai hati yang sejahtera, menghargai pemberian dan kasih sayang yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin dan membalas kasih sayang dengan kasih sayang serta ketaatan yang tidak berbelah bahagi.

Para sahabat adalah orang yang paling hebat kecintaannya terhadap Baginda SAW, maka mereka adalah orang yang paling sempurna ikutannya terhadap sunah Baginda. Bagi mereka melaksanakan perintah Baginda SAW merupakan suatu kebahagiaan yang tidak mengenal erti jemu, lemah dan malas.

Cinta Rasulullah SAW juga unggul kerana ia merentasi tempat dan zaman hingga meliputi umatnya yang tidak pernah bersua dengannya mahupun keluarganya atau sahabatnya.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Baginda bersabda yang maksudnya, “Bertuahlah sesiapa yang melihatku dan beriman padaku.” Mendengar sabdanya ini mungkin kita umatnya yang datang kemudian agak sedih dan terkilan kerana tidak turut terangkum dalam sabdaannya itu. Tetapi alangkahnya terhibur hati kita apabila mendengar Rasulullah menyambung lagi sabdanya dengan bersemangat, “Bertuahlah, dan bertuahlah, dan bertuahlah, sesiapa yang tidak melihatku dan beriman padaku.”

Begitulah sekelumit paparan keunggulan cinta Rasulullah kepada umatnya yang sebenarnya telah melemahkan segala kalam dan lisan. Insya-Allah, minggu hadapan ruangan ini akan mengimbau bagaimana selayaknya kita membalas cinta Baginda.

Tuesday, January 18, 2011

170111

Hari pertama dalam tahun baru untuk ku mencoretkn kembali memori hati..:)..cewahh..ayat cam nk kearah "dlm hati ada taman"hiihii..

Pagi ni,tu kesekian kalinya,kelas bermula lewat tapi penuh smpai ke petang..kul 7ptg baru hbs kelas..tntunya penat tapi demi ilmu n keberkatan yg cari kugagahi juga tuk kek kuliah..:)..Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian..i.allah ku mengaharapkan yg terbaik dari Allah..kerana setiap apa yg kita lakukan adalah kerana Allah..

Kadang-kadang dalam kehidupan ni, terasa ada kepelikan yg berlaku..erm, tetiba ada seseorang mohon kemaafan kerana rahsia yg dipertahankan..mmg pada mulanya bila mendengarkan kebenaran tu,rasa nk marah..x puas hati..geram pon ada..tapi bila pk sbelaiknya,mungkin ada sbb mengapa seseorang tu nk menyembunyikan sesuatu...n mungkin ada hikmahnya..:)baik x saya??hihi

Hepy day..tumpang hepy coz mmbe yg 2 thn menganggur akhirnye berjaya dapat Jqaf..tahniah azawiah..:)moga jadi guru yg berdedikasi kelak..

Hari-hari yang dilalui tuk 2011 ni,moga aku tabah untuk hadapinya..:)