Saturday, July 3, 2010

doa:khusus elak di rogol n cabul


Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan. Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.
Sekian

Wanita berhak pilih suami


Tidak salah wanita letak syarat dalam memilih calon suami.

Jika lelaki boleh, mengapa kita menidakkan hak wanita? Mereka juga berhak menentukan lelaki yang bakal mencorak masa depan yang lebih bahagia,” kata Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain mengenai sejauh mana hak wanita dalam memilih suami.

Menurut penceramah bebas yang juga peguam syarie ini, tidak hanya lelaki malah wanita juga berhak menentukan jodoh.

“Pilih yang sekufu. Sekufu ini timbul apabila wujud unsur wali mujbir (pilihan keluarga) atau dalam erti kata lain, wanita tiada kuasa memilih atau menentukan siapa calon suaminya.

“Keluarga seperti ibu bapa atau datuk harus memilih demi memastikan calon lebih sekufu dengan perempuan. Dalam konteks ini, seseorang calon lelaki yang dipilih itu mestilah menepati kehendak wanita atau perempuan itu,” katanya.

Dalam masyarakat kini, sering dengar cerita lelaki mencari wanita dengan ciri tertentu seperti kaya, cantik dan berpendidikan sebagai tuntutan dalam merencanakan sesebuah rumah tangga.

Namun menurut Zaidi, wanita juga harus meletakkan syarat yang perlu menjadi keutamaan dalam memilih calon bersesuaian dengan diri mereka. Ini dilakukan dengan meletakkan agama sebagai pilihan teratas kerana menerusi pegangan agama yang kukuh saja mampu menjamin masa depan.

“Selain agama, wanita juga berhak memilih lelaki yang mempunyai harta. Bukan kerana mereka bersifat kebendaan tetapi itu tuntutan keperluan hari ini di samping tidak mengenepikan rupa paras. Ini kerana secara nalurinya, wanita juga menginginkan lelaki yang kacak atau sedap mata memandang.

“Wanita tidak harus dipersalahkan jika mereka mengutamakan keturunan yang baik atau tahap pendidikan lelaki berkenaan contohnya lelaki berpendidikan lebih tinggi atau setaraf dengannya.

“Kedua-dua aspek ini ada peranan tersendiri dalam menentukan masa depan yang bahagia. Bahkan Rasulullah saw juga bersabda mengenai perkara berkaitan dengan meletakkan ciri tertentu kepada pasangan kerana faktor yang dikatakan ini ada jaminan kebahagiaan,” katanya.

Baginya, tidak akan jadi baik sesebuah keluarga atau keturunan itu jika harta semata-mata menjadi pilihan dengan mengenepikan aspek yang dinyatakan tadi.

“Kalau dapat yang kacak, mungkin duit tak banyak. Kalau dapat yang kaya, rupa pula tak begitu menarik. Namun kalau ada agamanya, kalaupun tak kaya, tak mengapa. Mungkin ia lebih menenangkan jiwa justeru agama menjadi asas pertimbangan paling wajar dalam hidup berumah tangga.

“Kita tahu manusia tak sempurna namun dalam perkahwinan, mungkin ia dapat diperbaiki dari semasa ke semasa ke arah mencari kesempurnaan itu. Saya dapat katakan, aspek agama dilihat sama ada sebagai kekurangan atau kelebihan seseorang ibarat garam yang bakal melazatkan makanan yang dimasak dalam menggambarkan akrabnya hubungan pasangan,” katanya.

Dia turut mencadangkan supaya pasangan yang sekufu melakukan ‘persyarikatan’ dalam rumah tangga. Dalam erti kata lain, pasangan isteri harus bersyarikat dengan suami baik dari pelbagai segi termasuk idea, minat dan hobi dalam mencari hala tuju bersama.

“Mungkin jika wanita meminati perniagaan, mereka boleh mencari lelaki yang menceburi bidang korporat jika ingin mengikut rentak. Jika minat seni atau dekorasi, hendaklah dicari lelaki yang memang berada dalam bidang berkenaan.

“Tapi itu tak bermakna kalau tak mendapat lelaki mengikut kecenderungan yang dinyatakan, ia berakhir di situ saja. Mungkin wanita mahupun pasangan yang boleh mendorong minat ke arah apa yang disukai pasangan dalam usaha mendekatkan lagi fahaman yang menjadi resipi kebahagiaan,” katanya.

Situasi kini menyaksikan wanita yang memiliki tahap kerjaya lebih tinggi mungkin menjadi punca lelaki ‘takut’ mendekati mereka tetapi Zaidi menolak tanggapan ia menyebabkan peratusan wanita tidak berkahwin semakin bertambah.

Katanya, masyarakat mesti adil dalam memberi persepsi atau mencari punca segelintir wanita tidak berkahwin.

“Mereka dilabelkan sebagai anak dara tua. Secara amnya, semua wanita ada keinginan untuk berkahwin dan hidup bahagia, dikelilingi cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga.

“Namun banyak faktor mereka tidak berkahwin. Antaranya, mungkin jodoh belum sampai, mengejar cita-cita serta tanggungjawab seperti menanggung masalah kewangan keluarga dan adik-beradik yang masih belajar.

“Untuk itu, jangan cepat melatah atau menuding jari. Siapa yang mahukan perkahwinan separuh jalan? Kes perceraian yang banyak berlaku hari ini antara puncanya mungkin tak sekufu. Oleh itu, tak salah wanita memilih bahkan berhak mencari yang sekufu demi jaminan masa depan terbaik,” katanya.

Mendasari sabda Rasulullah saw, dia merumuskan wanita dikahwini kerana empat perkara iaitu kerana harta, kecantikan, nasab keturunan dan agama.

“Pilihlah wanita kerana agamanya nescaya engkau akan bahagia,” katanya.

Tips

CIRI lelaki beriman boleh dikenali menerusi ciri tertentu, antaranya:

Secara kasar, keimanan boleh dilihat pada latar belakang pendidikan, baik secara formal atau sebaliknya. Tidak bermakna seorang lelaki beriman itu diukur menerusi pendidikan hingga mencapai ijazah di negara Timur Tengah, sebaliknya ia dapat dilihat menerusi amalan hidup seharian.

Mereka yang mendahulukan solat selain cara hidup yang tidak mengenepikan agama, sering menjadi penilaian wanita.

Mengenal pasti keturunan sesebuah keluarga lelaki yang bakal menjadi pasangan dengan mengenali keluarga dan asal-usulnya. Boleh juga dirisik menerusi rakan, jiran sekampung dan seumpamanya.

Jaminan kebahagiaan bukan terletak pada jumlah harta dimiliki tetapi jika wanita mendapat jodoh lelaki kaya, ia dianggap satu bonus.

Rupa memberi ketenangan. Wanita boleh meletakkan ciri sendiri dalam konteks ketampanan suami kerana ia bersifat subjektif. Apapun, biarlah segala resah, bimbang dan duka si isteri hilang sebaik terpandang wajah suami yang redup dan tenang.

Sunday, June 27, 2010

newborn..260610

Kelahiranmu "Wahidah" sepatutnya menceriakn segenap seluruh alam ini..namun hakikatnya aku x rasa kemeriahannya..Aku terima kelahiran setiap bayi itu suci..ibu bapanya yg mencorakkan baik buruknya kehidupan masa akn dtg.Namun aku x mengerti knapa ibumu seolah2 x mahu berubah langung..ego tinggi, hati x pernah nk lembut,aku x asti sma ada pernah mngalirkan air mata ataupon tdk..

Yang wat aku geram sgt2, umi aku x memahami langsung perasaan aku n adik aku.Kami yg terpaksa memahami semua keadaan..aku dh lama simpan perasaan geram ni..air mata jer yg mampu menemani aku..Tak sanggup tgk smua ni..K.cik pon satu,klu dulu berubah mybe mak x kan marah2 camni..ni siap marah pada baby lg..aku x suke dgr mak m'bebel..dh laa nk stay seminggu kat umh aku ni..ntahlaa..hope sgt moga aku dpt bersabar dgn smua kerenah..x sanggup nk hadapi segalanya..

Ya Allah,bnyk dugaan yg engkau berikan [ada ku..Dgn jodoh yg x b'pnjgn wat aku rasa patah hati Ya Allah..Aku yakin dgn segala ketentuanmu namun x mampu aku singkap hikmah nya..Ya Allah..permudahkan segala urusan hambamu ini..Moga dgn ujian ini, aku mampu hidup dgn hati yg tabah n segala kejadian sblm ini mnjadi iktibar kpada ku agar aku lebih berhati2 utk berkawan...

Kuatkan hati ini dlm menempuh segala ujian mu Ya Allah, kerana aku tidak sekuat Rasulmu ..

Friday, May 28, 2010

rndu kenangan yg lalu..

280510- aku rindukn kngn yg lalu..suasana harmoni yg lalu..smuanye indah n aman..klu laa xde kejadian yg buruk berlaku, xmgkin smua ini terjadi..betul kata pepatah " krna nila setitik.. hbs susu sebelanga"..sbb perbuatan seseorg mslh nye kami yg kna tangung..

Paling aku geram klu x reti nk jaga aurat sndri..bknnye x blaja masa sek dulu..belajar sek agama pulak tu..ikut suke dia jer..dh ngan cousin sndri, pkai laa tudung..bkn payah pon..aku kesian kt abah n adk beradik laki aku, smua kna tanggung dosa melihat aurat dia..dh sekian hal klu kat luar..sblm nk tarbiah yg kt luar tu..dari diri dia kna tutup dulu..masih lg wife org..x kesian ke kt hsbnd yg mmg dh jahil menanggung dosa membuka auratnye..arwah ayahnye..ramai yg kna tanggung dosa dia..aku tensennnnnnnnn..umi camtu jer..bab aurat ank2 jaga,ank sedara sndri x mau tegur..alhamdulillah umi jga aurat kami..tp tu laa x nk tegur kesalahn dia..

Aku terpaksa wat muka smbong..bkn aku membenci, tp dr dulu lg..hdp klu terlalu sosial maka belaku laa gejala sial..moga Alah beri aku kekuatn tuk menegur umi tuk mengur dia..amankn hati ini Ya Allah..

Monday, May 3, 2010

serba salah..

030510- dh 4 hari bercuti, tp aku x rasa seronok pon duk kat umh ni..aku rasa tertekan..lebih baik duk umh nenek n atuk..itu wat aku rasa bahagia..aku x pndai nk share bilik ngn org lain,aku mmg payah nk memahami org lain..makan masa gak laa..tp ntahlaa,kali ni lain skit kot..

umi x cuba nk paham perasaan aku n de..aku n de dh cuba menyelami hati umi,kami paham ape yg umi rasa..tp kami nk umi paham skit je ape yg kami rasa..x slah nk wat baik pada org..tp bg aku, bpe lama nk sorok pekara ni..lmbt laun org tahu jugak..busuk2 pon,manusia yg bergelar ibu kena trima apa shja yg berlaku pada ank nye..xde laa nk bg ank nye menumpang kat umh org lain..yg aku x paham knpa bilik kami yg jd mgsa tuk share ngn org lain..tolonglaaa..my room is very open..
bila aku mntk bilik baru,umi n abh kata no bdgt to add new room..klu x nk tmbh bilik, cuba bg bilik lain kt dia..aku dh jd x bpe nk ikhlas bg org lain tmpg umh ni..masalah skit aku ni..tp itulaa hakikatnye..

aku kdg2 smpai terfikir nk je kawen awal, ssh sng pon aku ttp duk ngn hsbnd aku..la ni mmg mslh..aku benganggggggggggggg...arghhhh..tolonglaa damaikan hati ini YA ALLAH...x sanggup nk bersabar dlm stuasi ni..tp itulaa hakikat yg kna aku hadapi la ni..moga ade hikmah disebalik ujian ini YA ALLAH..aku yakin dgn ketentuan mu YA ALLAH..

Tuesday, April 27, 2010

hari yg indah..

270410-lama dah x mencoretkan rasa hati..
hari ni hr last xm..alhamdulillah smua dpt dijawab dgn baik..moga kejayaan itu milik ku..amiin..
lusa nk blk phg,tp sbnrnye x smngt nk blk umh sndri..rindu kt umi n abah..tp ade sesetngah pekara kita mmg xtau hakikat akn dtg..huhu..x syok nk blk umh sndri sbb ade org lain menumpang..tensen..xleh nk trima hakikat terpaksa share blk ngn org lain..arghhhh..xsukeee..

Monday, March 1, 2010

maafkan diri ini...

Permaisuri

Aku rela hidup dengan mu
Demi bahagia...
Hanya Tuhan bisa memisahkan kita

Di jaga dan lena kukuntum kerinduanku
Untuk mempersembah sayang padamu
Keharuman bunga tak seharumnya cintaku
Istimewa untuk sunting jiwamu

Bermula pandang pertama
Kau utuskan senyum mesra
Aku ingin seribu tahun lagi
Bersamamu...

Kubinakan mu istana
Aku rendakan bahagia
Dengan niat suci
Kaulah permaisuri

Sambutlah cinta abadi
Genggam dan semat di hati
Manisnya asmara
Kekal selamanya

010310-Bila teringat lagu nie..aku mesti teringat insan yg pernah menyayangi diri ini..maafkan asilah.Asilah x pernah berniat pon nk tinggalkan H camtu..asilah akui rasa sayang tu masih ada..tp asilah x mampu nk terima n bg asilah mgkn ada yg lebih baik tuk dirinya..

Maafkan asilah H...trmalaa pilihan mak H seikhlas mungkin.Jangan persiakan kehidupan H k..Moga kehadiran pilihan mak,adalah yg terbaik tuk H n fmly..jgn sedih n jgn kenang kngn yg lalu..belaja menerima insan yg bakal m'bahagiakan hari2 mendtg dlm diri H..Diri ini sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu..

Asilah hope sgt H dpt terima bakal isteri H sebaik mungkin..jgn dera perasaan dia sbb kenangan yg lalu..Asilah x sanggup tgk kesedihan seorang perempuan bila jd cmni..kuatkan smngt H k..Klu H sedih Asilah lg sedih sbnrnye..x larat dah nk bermain air mata selalu..dr mula kita b'kawan,air mata yg selalu menemani asilah..H pon panggil asilah puteri air mata kn...igt x??

Duhai hati ku..aku redha atas setiap apa yg berlaku selama ini..aku yakini kngn ini, akn wat aku sntiasa merindui n mengingatinye..ada yg indah n ada yg menyakitkan hati ini..tp itu smua dh jd kngn..kngn yg terlalu mendalam dlm jiwa nie..terima kasih atas segalanya kerana mengajar diri ini rasa sayang dan disayangi..terima kasih H..moga kali ini bahagia akan kekal menjadi milikmu..

Ya Allah, tabahkan hati ini..kembalikan rndu ini pada pemilik asalnya ya allah..kau maha mengetahui isi hati ini ya allah...ya rahman ya rahim..cintaku hanya untukmu,tiada yg selayaknya selainmu ya rahman ya rahim..